Breaking News

Monday, April 29, 2013

Awas: Gula-gula murah mengundang padah

gula-gula bewarna-warni
Gula-gula murah menggunakan pewarna tiruan yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dikesan semakin banyak dijual terutama oleh penjaja haram di luar kawasan sekolah.

Gula-gula itu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana berwarna-warni diibaratkan ‘manisan maut’ kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewarna dikatakan boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tidak terkawal. Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA) Paul Raj berkata kajian pihaknya mendapati gula-gula itu yang dijual dengan harga serendah 10 sen hingga 50 sen dikhuatiri memberi kesan buruk jangka panjang kepada pengguna, terutama kanak-kanak.

“Gula-gula itu mengandungi kadar gula dan pewarna tinggi. Ia bukan hanya menggalakkan pembentukan karies gigi, malah jika diambil secara kerap ini boleh meningkatkan paras adrenalin kanak-kanak hingga menjadi hiperaktif, gelisah dan agresif.

12 comments:

  1. Sudahlah gula itu tidak baik ditambah pula dgn pewarna beracun... Macam makanan pembunuh secara senyap jer.

    ReplyDelete
  2. Siapa boleh jamin keselamatan anak kita diluar. Makanan majlis kahwin pun belum tentu bersih. :)

    ReplyDelete
  3. bahayanya.... pandai diorg buat tuk tarik perhatian budak2 ye...

    ReplyDelete
  4. tq share this yer

    ReplyDelete

Designed By