Zain Saidin: Saya Di Paksa Sertai MSM 2 & Dipergunakan

Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!'


Zain Saidin dan Rozita Che Wan
 

BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta. Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan. Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat. “Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).
Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu. “Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain. “Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Twitter Zain Saidin  
Twitter Zain Saidin


Didesak sertai MSM 2
 
Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta. Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. “Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap. “Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.


Zain Saidin
 Zain Saidin

 
Hubungan bersama Che Ta tergugat?
 
Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut. Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul. “Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.



Comments

  1. Biasalah...Rancangan TV realiti. Kalau xde kontroversi...hambarlah. Ini semua Poyo! :)

    ReplyDelete
  2. hrmmmm... no komen dah !

    ReplyDelete
  3. Tak tahu menari dikatakan lantai bergoyang.

    Adatla tu kan, ada menang kalah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat