Apa Dosa Ku?

http://maramissetiawan.files.wordpress.com/2011/07/macam-dosa-dosa-besar.jpg
Apa Dosa Ku?

Apa Dosa Ku?


Apa Dosa Ku? Jika semalam kita ada berkongsi 14 Kes penderaan Bayi/Kanak-Kanak sepanjang tahun 2013, hari ni ada lagi kesinambungan kisah tersebut. Jika semalam mereka didera, hari ni mereka bernasib baik tidak didera physically tetapi dibuang ibu kandung. Tiga kisah berikut hanyalah sebahagian dari ratusan lagi kes buang bayi yang berlaku di Malaysia.

Bayi Di Tepi Longkang

Seorang bayi perempuannya yang masih bertali pusat telah ditinggalkan oleh ibunya dalam keadaan bogel di Jalan Lapangan Perdana 9, Taman Lapangan Setia, Ipoh. Bayi terbabit yang dipercayai baru dilahirkan ditemui pekerja binaan, Chong Lean Fatt, 48, jam 11 pagi 20 Dec 2013, ketika melalui jalan itu bersama dua rakan. Lean Fatt berkata, bayi itu ditinggalkan di situ dalam keadaan tertiarap dengan badannya berada di atas jalan tar manakala mukanya di atas besi penutup longkang. 


  Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah        

Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di depan pintu sebuah rumah di Kampung Jerulong, Salor di Pasir Mas. Pemilik rumah berkenaan, Nora Syettah Mohd Zain, 41, berkata beliau terkejut apabila terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 4.40 pagi Rabu, 29 Jan 2014. Turut ditemui peralatan bayi dan nota yang memaklumkan mengenai jadual penyusuan bayi berkenaan. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilRkpKup2ijsg3oCv2fMkHG0TkLk_9o-PVw8NbMymxKkqWGElIpGVF56fmmzQ3VkOp9KVUZowyfSGPQAAQ5qv4aX3vnfm2Hg2EMpd8tuQi3KTD2qmBZ50HWfrJmDZRZ9iNfTR7PJoaPoI/s400/016084286baby.jpg
Bayi Di Tinggalkan Depan Rumah 

Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan pucat akibat kesejukan selepas ditinggalkan  berlapikkan beg plastik di hadapan sebuah rumah di Kuala Kedah. Kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang tidak berpakaian itu kira-kira jam 3 pagi 14 Jan 2014. 

Dosa Siapa Yang Ditanggung?


Persoalan yang sama, apakah dosa mereka diperlakukan sedemikian? Tapi kita semua tau, bayi yang baru dilahirkan adalah seperti kain putih. Suci jauh dari segala dosa. Kenapa mereka diuji sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.? Dosa siapakah yang ditanggung sebenarnya?

1. Rahsia Blogger Malaysia

Comments

  1. alahai, kesiannya mereka.. dah lah kecil tak tahu apa... tergamak pula ibu yang mengandungkan mereka membuang begitu saja..

    ReplyDelete
  2. nafsu manusia yang menghancurkan manusia.

    ReplyDelete
  3. Selamat Pagi Raudzah... singgah baca entri... :)

    ReplyDelete
  4. isk...x sampai ati btol la manusia nih...buat pandai nak jaga x nak..

    ReplyDelete
  5. Setiap kali terbaca hal begini hati kakak memberontak geram sebab keluarga kami bersusah payah nak dapatkan anak dia dah dapat pi buang. Gila!! memang nerakalah balasannya. Geramlah kakak:(

    ReplyDelete
  6. alolo comelnya...tak nak...bagi je kat cik akak nie...hihi...

    kesianlah...memang tergamak lah ibu bapa yang sanggup buat cam nie...sedih

    ReplyDelete
  7. Yang jumpa yang kita tau, yang tak tau, hmm. Ya Allah.
    Yang jumpa yang masih hidup, yg dibuang takda yang kesa langsung. Ya Allah.
    Moga Alla lindungi mereka..

    ReplyDelete
  8. x sampai hati baca .. sedih sgt !

    ReplyDelete
  9. bayi itu sebenarnya tidak berdosa cuma ia menjadi mangsa manusia yang tidak berperi kemanusiaan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. sedih bila baca kisah kisah sebegini..semakin ramai manusia yang tak berperikemanusiaan

    ReplyDelete
  11. comel2 cm ni ditgglkn?hurmm apela nasib baby tuh xbersalah lnsung +__+

    ReplyDelete
  12. kejam sgt diorang ni....tak suke tak suke

    ReplyDelete
  13. Kesiannya tgk baby2 ni...dia org x berdosa pun...

    ReplyDelete
  14. Saya tak mampu nak tengok dan baca... :(

    ReplyDelete
  15. sedih nyer..sian baby..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat