Inilah Profil CEO MAS Yang Baru
Mr. Christoph R. Mueller, CEO MAS Yang Baru
Inilah CEO MAS Yang Baru
Tahniah kepada Mr. Christoph R. Mueller yang telah dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat baru Penerbangan Malaysia (Mas). Menurut rekod, Mr Christoph R. Mueller, adalah merupakan seorang veteran dalam industri penerbangan yang mempunyai rekod yang cemerlang. Beliau sememangnya dikenali di dalam industri penerbangan sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam memulihkan syarikat penerbangan yang bermasalah. Pelantikan Mueller akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.
Profil CEO MAS Yang Baru
Mr Mueller memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam bidang penerbangan. Antara rekod cemerlang beliau adalah sebagai perancang strategik dan kewangan serta pengstrukturan semula syarikat yang bermasalah. Kemampuan dan keberanian untuk melaksanakan perubahan termasuk memperkenalkan teknologi baru serta pengedaran dan juga penyelesaian peruncitan sangat dikagumi.
Antara syarikat peberbangan yang telah menerima sentuhan ajaib Mr. Christoph R. Mueller yang berasal dari Jerman adalah, Aer Lingus dari Eropah, Lufthansa, Sabena S.A., serta Delta Air Transport (DAT) yang kini dikenali sebagai Brussels Airlines dan merupakan syarikat penerbangan Belgium.
Kalau dilihat dari profile Mr Mueller, beliau adalah calon yang tepat. Semoga perlantikan ini mampu memulih serta mengembalikan zaman kegemilangan MAS. Good luck Mr Mueller.
mungkin berat sikitlah cita-cita kita nak hentikan penjualan arak dalam kapal terbang MAS
ReplyDeleteIn Shaa Allah kalau niat dia orang ikhlas nak hentu mesti allah bantukan tak kira lah siapa CEO dia kan Sal...
Deletegood luck mr. mueller :)
ReplyDeleteHe needs all the luck Ipah..he..he
DeleteGood info.
ReplyDeleteThanks Maria..
Deletehehe pemain import gitu..semoga MAS cepat pulih
ReplyDeleteJemputlah ke blog saya #projek2ribu
Pemain import akhirnya ya..he..he.. Nanti kita gi visit ya...Thanks AA coz singgah sini..
Deletetahniah ..
ReplyDeleteTahniah & good luck to him sis..not an easy task..
Deletetahniah dan semoga MAS dapat dipulihkan
ReplyDeleteHarap-harap macam tu lah Puteri..
Deletesemoga beliau dapat membantu memulihkan MAS
ReplyDeleteDoakan yang terbaik Ainim...
Deletesemoga semuanya akan berkembang dengan baik. kerana MAS adalah pilihan kemana destinasi
ReplyDeleteYup harapan rakyat Malaysia tu Ija..
DeleteSemoga MAS kembali pulih dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.. Ameen
ReplyDeleteIn Shaa Allah Ain..Doakan ya..
Deleteimpressivenya profile dia :) good choice mas
ReplyDeleteApa kurangnya rakyat Malaysia sampai kena ambil tenaga luar? Airasia rakyat msia yg terajui... okayyy jerr...
ReplyDeleteAgak ralat jugalah bila sibuk mencanangkan tentang memartabatkan bangsa & barangan buatan Malaysia, tiba2 disebabkan dah terlalu gawat akhirnya negara mengharapkan orang luar dalam perkara melibatkan kebanggaan negara.. Pada pandangan saya yg tak bijak ni, kira macam tercalar jugalah maruah negara. Penat je org2 dulu memperjuangkan entiti bangsa Malaysia dlm equiti dan sebagainya. Baik lagi Air Asia.. Sokonglah Air Asia yg diteraju oleh orang Malaysia!
ReplyDeleteSecara peribadi, saya tak setuju tapi siapalah saya...
All the best 'Mr Transformer'.....semoga MAS cepat2 pulih...
ReplyDeleteGood luck Mr. Christoph R. Mueller.
ReplyDeletebyk rm upah dia tu ... semoga mas kembali pulih dan jadi lbh baik .
ReplyDeleteRamai yang melenting tanpa sebab..huhu
ReplyDelete