Hello
Kitty mungkin mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Tetapi kecintaan Asako Kanda terhadap watak ikonik Sanrio melebihi segalanya.
Penyambut tetamu dari Jepun berusia 39 tahun ini telah mengumpulkan koleksi hebat lebih 4,500 barangan Hello Kitty.
Seperti yang kita boleh bayangkan, hampir segala-galanya di dalam rumah beliau berwarna merah jambu. Selain
daripada beribu-ribu mainan yang terbaring di mana-mana, Kanda juga mempunyai peralatan hello kitty, termasuk pembakar roti Hello Kitty, Hello Kitty
kipas elektrik dan kuali menggoreng Hello Kitty. Beliau juga mempunyai koleksi pakaian, topi, bantal, langsir, dan juga sapu tangan hello kitty.
Kanda bernasib
baik, kerana suaminya, Hiroyuki, sering mengingatkan beliau supaya tidak berbelanja berlebihan untk barangan Hello Kitty. Tetapi mungkin itu sahaja yang beliau mampu lakukan kerana kecintaan Asako terhadap hello kitty melebihi segalanya...
Mempunyai lebih daripada 4,500 barangan Hello Kitty bersamanya bukanlah sesuatu yang mencukupi buat Asako Kanda. Dia sebenarnya mempunyai rancangan yang lebih besar untuk hidup di rumah Hello Kitty yang mempunyai dua telinga
gergasi terjulur di bahagian bumbung. Beliau juga berhasrat untuk
mempunyai gaya pengebumian dan batu nisan Hello Kitty setelah ketiadaannya.
شركة تنظيف مجالس بمكة
ReplyDeleteشركة تنظيف كنب بمكة
شركة تنظيف سجاد بمكة
شركة تنظيف مساجد بمكة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بمكة
شركة تنظيف الاثاث بمكة
شركة تنظيف ستائر بمكة
شركة جلي بلاط بمكة