Awas: Ajaran Sesat Panji Langit

70 terpedaya ajaran sesat Panji Langit 
  Banglo yang diserbu pihak berkuasa Sabtu lalu kerana didakwa menjalankan kegiatan ajaran sesat Panji Langit.

Seorang bomoh yang mengaku dirinya perantara malaikat Jibrail berjaya memperdaya 70 pesakit yang datang berubat dengan mengikuti ajaran sesat dikenali sebagai Panji Langit. 

Bomoh berusia 46 tahun yang juga mendakwa dia boleh mentafsir dosa pesakitnya itu dikatakan turut berjaya mempengaruhi seorang imam di Melaka Tengah untuk menjadi pengikutnya sejak penyebaran ajaran itu setahun lalu.


Pengikut ajaran Panji Langit juga diminta beriman kepadanya selain mengaku dirinya sebagai utusan untuk menghapuskan dajal dan juga pemegang takbir pembinasa dajal.
  “Dia yang mengaku dirinya sempurna, mendakwa imam dan ustaz sedia ada tidak boleh dipercayai dan meminta pengikutnya supaya beriman kepadanya. “Dia juga mengaku sebagai peringatan terakhir kepada alam ini dan hari kiamat berlaku pada 21 Disember 2012,” katanya.
 
Pengikut sanggup serah harta benda

Menurutnya, akibat terlalu taksub, terdapat beberapa pengikut sanggup menyerahkan harta benda dan wang selepas diminta bersumpah setia.
  “Kebanyakan pengikut sangat taksub, malah ada yang sanggup serah kereta mewah, wang dan barang kemas kepada bomoh ini,” katanya.

Beliau berkata, lelaki yang pernah menyebarkan ajarannya di Tengkera, Melaka Tengah sebelum meluaskannya ke Chabau, Jasin ini juga mendakwa dirinya boleh berhujah dengan makhluk halus dan iblis. “Dalam blog yang diwujudkannya sebagai usaha menghebahkan ajaran itu, turut memaklumkan dia mampu mengubat mereka yang diganggu makhluk halus dan iblis,” katanya.


Pengikut ajaran Panji Langit di saran segera bertaubat selain menghubungi Jaim untuk diambil keterangan.

 
Tak campur dengan masyarakat kampung

Sikap pemilik banglo yang tidak bercampur dengan masyarakat sekeliling, akhirnya membongkar kisah tidak disangka.


“Apa yang pelik, majoriti kenderaan itu bukan dari negeri ini. Saya tidak kisah jika ramai orang yang berkunjung ke rumah penduduk dalam kampung ini, kerana itu hak masing-masing.
  “Namun sangat mengejutkan apabila banglo berkenaan akhirnya diserbu pihak berkuasa dan banyak senjata ditemui seolah-olah mereka terlibat dalam gerakan militan,” katanya.

“Pernah satu ketika, seorang bekas imam masjid kampung itu yang juga orang kanan kumpulan ajaran sesat terbabit bertemu dengan saya untuk mendapatkan kelulusan mengadakan beberapa aktiviti seperti zikir.
“Saya tidak pernah keluarkan maklum balas bersetuju, malah memintanya dapatkan kelulusan daripada polis ataupun Jaim. “Tapi ada segelintir penduduk yang salah sangka dan menuduh saya membenarkan kumpulan ajaran sesat bertapak di kampung ini,” katanya.
 
Banyak kenderaan mewah, tirai warna krim jadi tanda tanya

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, sebelum ini, rumah bekas imam masjid yang hanya terletak beberapa kilometer dari banglo kepunyaan ketua kumpulan terbabit dijadikan tempat pertemuan dengan ahli-ahlinya, namun kemudian beralih ke rumahnya sendiri.


“Orang kampung tertanya-tanya apa yang berlaku, kerana setiap masa ada sahaja kenderaan mewah yang datang dengan nombor pendaftaran bukan dari negeri ini.

“Apa yang saya tahu, bekas imam masjid itu merupakan orang kanan kepada ketua kumpulan tersebut. Namun saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan individu terbabit kerana dia memang tidak bercampur dengan masyarakat dan tidak pernah kelihatan dalam mana-mana program masjid,” katanya.


Katanya, selain kenderaan yang banyak, beberapa kain tirai berwarna krim yang tergantung di sekeliling rumah bekas imam itu turut menjadi tanda tanya. “Penduduk sendiri tidak tahu ketua kumpulan itu berasal dari mana, kerana sikapnya yang tidak bergaul dengan masyarakat. Tapi yang kami tahu, individu itu berkahwin dengan isterinya yang berasal dari Chabau dan merupakan adik kepada bekas imam terbabit,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat