Bakar diri kerana tidak tahan hidup miskin
VARNA — Kerana tidak tahan hidup papa kedana, seorang lelaki di Bulgaria bertindak nekad membakar dirinya awal minggu ini
Todor Yovtchev yang menganggur mati di sebuah hospital di sini
semalam, dua hari selepas dia mencurahkan petrol ke badannya dan
menyalakan api di kampung Sitovo, timur laut Bulgaria.
Beberapa pegawai hospital berkata, bapa berusia 41 tahun itu berulang
kali memberitahu doktor yang merawatnya bahawa dia kecewa kerana tidak
mampu membeli makanan. Bulgaria merupakan negara paling miskin dalam Kesatuan Eropah.
Sejak sebulan lalu, seramai enam orang membakar diri kerana kecewa
dengan kemiskinan yang kian menghimpit negara tersebut. - AFP
Comments
Post a Comment