Kejam : Serangan malam
Serangan Maut
Petaling Jaya: Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami seorang lelaki yang terselamat biarpun ditetak lebih 30 kali dengan parang oleh empat lelaki bertopeng yang memecah masuk kedai motosikal miliknya di Jalan PJS 1/26, di sini.
Akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, mangsa yang berusia 40 tahun menerima 27 jahitan di kepala, tangan kanannya hampir putus, selain kecederaan teruk di belakang badan akibat tetakan bertubi-tubi. Selepas mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, kumpulan penjenayah terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga dianggarkan bernilai RM50,000.
Seorang pekerja mangsa yang dikenali sebagai Low, 33, berkata majikannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan akan menjalani pembedahan susulan dalam masa terdekat.
Menceritakan kejadian, Low berkata, keempat-empat penjenayah itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda memecah masuk ke dalam kedai tanpa mengetahui mangsa masih berada di situ.
Ganasnye! Kes merompak dgn mangsa di pukul, tembak, tetak dan bunuh semakin menjadi2. Amat menakutkan...Nak berhati2 mcmne lagi, tawakal je lah...
ReplyDeleteKenapa la jahat sangat manusia skrg?
ReplyDeleteBetul BM...kita tak tahu niat orangkan...hanya doa yang mampu melindungi kita...
ReplyDeleteTulah Mieza..ramai yang dah hilang rasa hormat dan sympati sebagai manusia..