Robot Bunuh lima pesakit

Robot Bedah Jadi Pembunuh


GAMBAR fail menunjukkan sebuah robot da Vinci di sebuah hospital di Pittsburgh, Amerika Syarikat pada 13 Jun 2008.  





 CHICAGO - Beberapa buah robot bedah yang mempunyai banyak tangan dan dikenali sebagai Sistem Pembedahan Da Vinci pernah digunakan untuk melakukan hampir 400,000 pembedahan di seluruh Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Bagaimanapun, peralatan pembedahan yang hebat itu sejak awal tahun lalu menghadapi beberapa masalah kerana ia telah menyebabkan sekurang-kurangnya lima pesakit mati. Menurut data Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), terdapat hingga 500 laporan masalah berhubung penggunaan robot bedah Da Vinci sejak 1 Januari 2012.

 Sistem robot bedah Da Vinci itu dipasarkan sejak tahun 2000. Hampir 1,400 buah hospital di AS memiliki sekurang-kurangnya sebuah robot bedah Da Vinci.

Setiap sebuah robot itu berharga sekitar AS$1.45 juta (RM4.4 juta) dengan kos penyelenggaraan melebihi AS$100,000 (RM303,699) setahun. Robot bedah Da Vinci sering digunakan dalam pembedahan prostat, rahim, membaiki injap jantung dan pembedahan beberapa organ lain. - AP
  

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat