Seksa tersepit tiga jam

pix_topright
Seksa tersepit  

Seorang pemandu lori kontena yang hampir putus kaki kiri menanggung azab hampir tiga jam akibat tersepit selepas kenderaan berat dipandu hilang kawalan dan terbalik dengan empat tayar ke atas di Kilometer 216.7 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, dekat sini, petang semalam. 

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, Raja Ahmad Putera Raja Ahmad, 51, dalam perjalanan dari Simpang Ampat menuju Kuala Lumpur sebelum treler dipandu hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan sebelum terbalik.  

Mangsa yang tersepit meraung meminta segera dikeluarkan dari lori berkenaan dan dia dikeluarkan sepasukan anggota bomba hampir tiga jam selepas kejadian sebelum dikejarkan ke hospital. 

Foto 
LORI kontena yang terbalik di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa baru selesai menghantar bekalan perkakasan kenderaan di sebuah kilang automotif di kawasan perindustrian Pegoh, di sini, bergerak pulang ke Balakong, Selangor sebelum terbabit kemalangan.

Menurut sumber, ketika melalui selekoh susur keluar dari Tol Simpang Ampat, treler dipandu mangsa hilang kawalan merempuh dan merentasi besi penghadang jalan hingga kenderaan berat terbabit terbalik dengan kedudukan empat tayar ke atas.


  Source

Comments

  1. Dugaan tuhan. Jadi kafarah penghapus dosa. Cuma pemandu bas ekspress dan llori memang terkenal membawa secara berbahaya semasa memandu. Harus beringat dengan keluarga dirumah yang sedang menunggu kepulangan.

    Lepas tu fikir pula nasib pengguna jalanraya yang lain. Mereka juga ada keluarga. Masa macam nilah takaful berguna.

    ReplyDelete
  2. allah.. sedih pulak KA baca ni!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, terasa azabnya...3 jam tu. Berhati2 dan hormat menghormatilah semasa memandu. Malapetaka itu tidak berbau.

    ReplyDelete
  4. Betul tu Fairul..Dugaan Tuhan..kita taka tau nasib kita dijalanraya..

    Yup KA..boleh bayangkan apa yang dia rasa..

    Yup BM..semua kena ingatkan..kena jaga diri sendiri dan hormat pemandu lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat