Surat Untuk Mayat

Seorang posmen yang mahu menyerahkan surat berdaftar kepada pemiliknya terkejut apabila mendapati orang yang dicarinya itu sudah mati dalam keadaan tertiarap dengan keadaan hampir reput dan berulat di sebuah rumah di Kampung Baru, Air Kuning Selatan, Gemencheh, dekat sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu, posmen berkenaan yang melakukan tugas rutinnya ke rumah milik Yap Kuet Kiang, 58, untuk menyerahkan surat berdaftar.

Bagaimanapun, menurutnya, setiba di lokasi itu, posmen berkenaan berasa hairan kerana beberapa keping surat yang dimasukkan dalam peti surat tidak diambil.

“Dia mendapati pintu rumah warga emas itu terbuka, tetapi tidak melihat kelibat sesiapa dalam rumah itu lalu dia membunyikan hon motosikalnya sambil memanggil mangsa, tetapi tak berjawab.

Foto 
MAYAT Yap (gambar kecil) dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

“Berikutan itu, posmen terbabit menjenguk ke dalam rumah mangsa dan terperanjat melihat mayat mangsa tertiarap di atas lantai di ruang tamu dalam keadaan hampir reput dan berulat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat