
Nasihat Untuk Kebaikan
Tengkorak Dan Tongkat
Kisah Tengkorak Dan Tongkat adalah cerita yang dikongsi oleh Hassan Basri di dalam sebuah kitab yang membezakan antara mereka yang mendengar nasihat dan menggunakannya ke arah kebaikan dan juga mereka yang tidak mahu menerima pandangan orang lain kerana taksub dengan diri sendiri.
Pada suatu hari raya, ada seorang bangsa asing yang berambut perang menggali beberapa kubur. Setelah dia menggali kubur tersebut maka dia pun mengambil tengkorak orang yang dah mati lalu menikam ke lubang telinga dengan tongkatnya. Apabila orang itu melihat tongkatnya menembusi telinga tengkorak tadi maka dia pun melemparkan tengkorak tersebut. Kemudian orang itu mengambil tengkorak dari kubur yang lain lalu dia menikam dengan tongkatnya, kali ini tongkatnya dapat menembusi satu lubang kepada lubang yang lain, maka tengkorak itu pun dibuang"
Tengkorak Yang Terhenti Di Otak
Hassan Basri menyambung lagi, "Kali ini orang itu mengambil tengkorak yang lain maka ditikam dengan tongkatnya, maka ternyata tongkatnya itu tidak dapat menembusi tengkorak tersebut, maka orang itu pun melemparkan tengkorak tersebut. Kemudian orang itu mengambil tengkorak yang lain lalu menikam dengan tongkatnya. Apabila sampai ke otak lalu tongkatnya terhenti. Pemuda tersebut lalu mengambil tengkorak tersebut lalu mencium dan menanamnya kembali"
Hasan Basri yang melihat kelakuan luar biasa lelaki tersebut, kemudiannya bertanya, "Apakah yang saudara lakukan?"
Maka pemuda tersebut memberitahu hasan Basri: "Sebenarnya adapun kepala tengkorak yang dapat tongkat aku tembusi dari satu telinga ke satu telinga yang lain adalah mereka yang mendengar nasihat dan kata-kata yang hak, yang mana masuk ke telinga yang satu lalu keluar ke telinga yang satu lagi"
Berkata orang itu lagi, "Dan kepala yang tidak dapat ditembusi oleh tongkat aku adalah orang yang tidak mahu mendengar nasihat dan kata-kata yang benar., kerana orang itu terlalu sibuk melayan kehendak dirinya dan untuk memuaskan nafsu syahwatnya, maka kepala itu juga dikira tidak berguna."
Pemuda tersebut kemudiannya menyambung lagi, "Dan kepala yang dapat ditembusi oleh tongkat aku lalu berhenti di otaknya adalah orang yang menerima nasihat dan kata-kata benar. Kedua-duanya kemudiannya bersemadi diotak mereka sehingga dia diterima di sisi Allah S.W.T. Maka sebab itulah aku menciumnya dan tanamkan kembali"
Kesimpulannya, kita sebagai manusia jangan sesekali taksub dengan diri sendiri. Setiap kata-kata dan nasihat yang diberi harus dinilai. Setiap yang baik perlu di terima dan disemadikan diotak kita manakala yang kurang baik perlu ditapis dan dijauhi.
saya bersedia dinasihati
ReplyDeletethanks...
selamat pagi ka ..
ReplyDeletesedia menerima nasihat dan teguran..insyaalah..salam jumaat raudzah
ReplyDeletesalam jumaat..alhamdulilah..aritikel yg sangat bagus..belajar menerima kesilapan sendiri... :-)
ReplyDeletekisah yg memberi inspirasi ..share lagi kisah2 begini ye Rauzhah.ska sangat baca kisah2 mcm nih. :)
ReplyDeletesangat bermakna dan bermanfaat entri ini..
ReplyDeleteSungguh simbolik.....moga kita ni dalam golongan org yg tidak sombong dan boleh menerima nasihat orang ....insyaallah.. .
ReplyDeleteada pengajaran dalam kisah ni :)
ReplyDeletenasihat yang berguna untuk kita renungi.. menabung 2 kali hotlink.. :D
ReplyDeleteNasihat yg baik utk dijadikan renungan bersama.. subhanallah..
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالطائف
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل اثاث بحائل
شركة نقل اثاث ببريدة
شركة نقل اثاث بالقصيم
<