10 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat

10 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat
10 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat

10 Cara Untuk Khusuk Dalam Solat


Salam Isnin untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi pilihan kita untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai 10 cara untuk kita khusuk dalam solat. Kita semua sedia maklum bahawa, solat adalah raja segala ibadah. Ianya diturunkan kepada kita sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. 

Sebagai seorang Islam, solat adalah keutamaan kita. Ianya adalah merupakan pertemuan rasmi kita dengan Allah sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam. Jika dalam pertemuan kita dengan manusia kita ingin melakukan yang terbaik, apatah lagi dengan Allah. Raja segala yang terdapat di atas mukabumi ini. Pastinya kita inginkan yang sempurna dan terbaik. Penuh khusyuk dan tawadduk. Untuk mendapatkan yang terbaik kita perlu pastikan kita melakukan persediaan yang rapi dari segi jasmani dan rohani. Antara perkara yang kita harus lakukan adalah:

1. Solat tepat pada waktunya. Jangan suka lengahkan solat
2. Persiapkan diri untuk mengadap Allah dengan melakukan wuduk yang sempurna.
3. Jauhi segala kemungkaran
4. Berniat dengan betul. Solat hanya untuk Allah.
5. Ambil masa sewaktu solat. Tidak terburu-buru
6. Pastikan setiap pergerakan kita adalah sempurna dan betul
7. Ingat Allah dalam setiap setiap bacaan dan pergerakan kita
8. Ingatkan kematian dan solat yang kita buat adalah solat yang terakhir 
9. Faham maksud setiap ayat yang kita ungkapkan.
10. Berzikir dan berdoa selepas solat. 

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian pagi ni kak..

    mama menabung tuk akak..

    ReplyDelete
  2. Salam Isnin, Selamat Pagi. Nice sharing kak. ^_^

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah...perkongsian yang baik..moga bermanfaat untuk semua..nak klik2 tapi yang keluarnya si burung biru..hehe

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, mesti menerapkan trik ini biar khusuk shloatnya... Thank for sharing

    ReplyDelete
  5. kalau kita tak rushing sangat, memang kusyuk.. pengalaman sendiri... tawadduk je... tapi tak selalu dapat kusyuk tu.... nice sharing kak raudzah...

    nuff ni asyik tido je, bagi Churp2 la...

    ReplyDelete
  6. terima kasih...
    kdg2 tu kan...last2 baca tahiyat akhir tu la,
    tetiba jee,rasa nak terken tut tut...hihi...dugaan
    betul kan..ketika solat...

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua sentiasa dpt khusyuk dalam solat kita... aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat