'Ice Bucket Challenge' Bahaya Kepada Kesihatan?

'Ice Bucket Challenge'
 'Ice Bucket Challenge' Bahaya Kepada Kesihatan?

Kempen 'Ice Bucket Challenge'


Dah lama kita nak kongsikan mengenai 'Ice Bucket Challenge' atau Cabaran mandi ais. Cuma tak berkesempatan. Harap-harap masih relevan ya. Anyway kita pasti ramai yang tau mengenai  'Ice Bucket Challenge' atau Cabaran mandi ais ni kan. Ia adalah merupakan antara kempen yang menjadi worldwide trending sejak beberapa minggu yang lalu.  

Kempen ini Asalnya dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit ALS. Dalam cabaran tersebut, peserta yang mengambil bahagian harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya sebelum mencalonkan tiga individu lain untuk melakukan perkara yang sama. Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah untuk merasai kesakitan yang dialami oleh penghidap penyakit ALS. 

'Ice Bucket Challenge'  
'Ice Bucket Challenge' 

Kempen ini pertama kali menjadi menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates telah disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut. Kempen ini kemudiannya disertai oleh ramai selebriti Hollywood seperti Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl dan ramai lagi. Ianya kemudian menjadi viral diseluruh dunia termasuk di Malaysia. 

Persoalannya adakah mereka yang mengambil bahagian berkongsi rasa yang sama dengan pesakit ALS atau hanya sekadar suka-suka dan adakah 'Ice Bucket Challenge' ini berisiko kepada Kesihatan kita?  

Untuk pengetahuan semua yang tak pasti mengenai ALS, ia adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Pesakit yang menghidapi ALS ini akan mengalami gejala seperti ketidakseimbangan berjalan, keletihan melampau, otot bergerak-gerak dan kekejangan, otot-otot lemah, kesukaran menelan dan mengunyah, pertuturan tidak jelas serta tersandung atau terjatuh.
Sehingga kini, faktor utama yang menyebabkan penyakit ALS ini belum diketahui malah kerosakan saraf itu sendiri turut tidak mampu dipulihkan semula menyebabkan penyakit ini belum ada penawar.

'Ice Bucket Challenge' Bahaya Kepada Kesihatan?


Biarpun cabaran ini kelihatan agak menyeronokkan, namun ianya mempunyai risiko yang tersendiri. Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Integrasi Perubatan Profesional Malaysia (MIMPA) Dr Rahmat Harun, cabaran 'Ice Bucket Challenge" ini berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis. Bagi pengidap kencing manis yang exstrim, tubuh mereka selalunya tidak mampu menerima kesejukan secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kejutan kepada badan dan mungkin boleh menyebabkan mereka pengsan. 

Selain tu untuk peserta yang mengambil bahagian perlu mencurahkan ais pada kedudukan yang agak jauh dari atas kepala untuk mengelakkan risiko yang tidak diingini berlaku.  So hati-hati ya jika ada yang masih meyimpan impian untuk melakukan aktiviti ni. Jangan kerana inginkan keseronokan, penyakit yang lain datang. 

Comments

  1. Baru tau mandi ais ni jadi trending dan viral Raudzah..... tq info ni
    Yelahkan kena taulah tahap kesihatan memasing ....kang pengsan terus gol pulak hehe

    ReplyDelete
  2. mereka memang pelik dan pelik heeee

    ReplyDelete
  3. Tengok pun dah boleh rasa mcm bahaya je...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tahu... dan rasanya tak perlu tahu lah... hehe

    ReplyDelete
  5. kena berhati-hati jugak la nak buat cabaran tu pon. takut jgk nnti membahayakan kesihatan sendiri

    ReplyDelete
  6. untuk orang yang tak tahan sejuk macam saya, memang tak buatlah...

    ReplyDelete
  7. ish memang bahaya la kan sebab badan kita terkejut dengan perubahan suhu yang mendadak

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/09/susu-ibu-untuk-rawatan-sakit-mata.html

    ReplyDelete
  8. Mmg bahaya...sebb sejuk tetiba kan... Diorg ni mmg suka yg pelik-pelik..

    ReplyDelete
  9. Banyak yang buat ice bucket challenge sekarang ni sekadar suka-suka je. Dah tak ramai yang nak menderma ni/

    ReplyDelete
  10. timm hari2 buat ice bucket challenge..biasa la, dduk kpg..air kolah sejuk geding..hehe..

    ReplyDelete
  11. ala... tak payah kot nak buat cabaran pelik2.. buang air je... minum lagi baik.. hihi

    ReplyDelete
  12. klu dioffer pun saya tak sudi ... x thn sejuk.

    ReplyDelete
  13. tak ingat la..rasa rancangan nona tuari ada pasal mandi ais nie untuk kesihatan badan..tapi ice challenge nie xtau lah pulak bahya atau tak

    ReplyDelete
  14. Bestnye mandi ais. Hahaha. Ana suke. Dulu selalu curik ais kat peti ais then buat camtu. Best kot. Tp tu dulu laa..skrg ana dah tua, takleh camtu dah. Mati kejung kang. Ekekeke

    ReplyDelete
  15. mmg pemes aktiviti ni kak..jd viral
    oo rupanya ade effect gak erk
    klo kat malaysia mandi ais..huhu..betapa sejuknya dgn cuaca kita yg panas memanjang ni
    drpd mandi ais..nak buat air sirap ais la..hihi...

    ReplyDelete
  16. bila tngok mcm best, sbab sjuk tapi rupanya ada effect yg bleh membahayakan..

    ReplyDelete
  17. Wooo,tak sanggup kak. Minum air berais pun dah rasa kejang otak ni kan pulak nak bermandi camtu. Idak ler teman,

    ReplyDelete
  18. Yes, it's dangerous to people with heart problem, diabetes, hypertension.

    ReplyDelete
  19. kalau ikut logik..air yang terlalu sejuk dialirkan kebahagian otak maka darah yang penuh kolestrol akan membeku seketika....suhu darah menurun pada tahap bahaya yang mendatang kesan negatif pada badan..

    ReplyDelete
  20. Takperlu nak tiru BARAT.
    Kita ni semua Barat buat kita nak buat.
    Apelah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat