Matawang ringgit jatuh ke paras terendah hari ini sejak ia tidak lagi ditambat dengan dolar Amerika pada 2005. Kejatuhan didorong risiko Greece disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut laporan Bloomberg, setakat 9.30 pagi tadi, matawang ringgit jatuh 0.6 peratus kepada 3.8025. Ringgit ditambat 3.8 dolar Amerika ketika krisis kewangan Asia pada 1998. Kontroversi 1MDB turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi matawang paling buruk di Asia. Situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit. Penganalisis menjangkakan ringgit akan terus lemah pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu.