KL sesak teruk, umat Islam buat persiapan Ramadan, Aidilfitri
4 Julai 2012
Kesesakan luar biasa dialami di pusat bandar Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi.
KUALA LUMPUR - Ibu negara mengalami kesesakan luar biasa hari ini berikutan warga kota yang keluar membuat persiapan akhir menjelang Ramadan dan juga Aidilfitri.
Umat Islam akan berpuasa mulai akhir minggu depan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan-jalan menuju ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), kawasan Chow Kit, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail sesak teruk.
Sementara itu, tinjauan di sekitar Jalan Masjid India dan kompleks membeli-belah sekitar Jalan TAR juga menjadi tumpuan pengunjung.
Seorang pekerja swasta, Fatimah Ahmad, 32, yang ditemui berkata, dia memilih untuk membuat persiapan awal bagi membeli pakaian Aidilfitri kerana tidak mahu bersesak-sesak pada bulan Ramadan.
"Jika tunggu bulan puasa baru mahu beli pakaian dan sebagainya, ia lebih meletihkan kerana itu saya buat persiapan awal," katanya.
Halo, saya senang sekali berkunjung ke blog anda.
ReplyDeleteSaya pernah pergi beberapa kali ke KL, dulu ayah saya di Indonesian Embassy di KL.
Terima kasih sudah berkunjung dan follow blog saya di Google Friend Connect. Saya sudah follow balik.
Harry Nizam
www.multibrandx.net
No problem coz we used to be friend kat mybloglog. nway welcome to my blog and welcome to Malaysia as well...
ReplyDelete