Breaking News

Sunday, July 8, 2012

Mi Udang


Bahan-bahan:

500 gm mi
300 gm sawi - dikerat
150 gm tauge
2 biji tomato - dihiris nipis
5 keping tauhu - digoreng dan dipotong kecil

Bahan-bahan Kuah:

600 gm udang saiz kecil
10 tangkai cili kering - dipotong
10 ulas bawang merah - dimayang
1 tin sup tomato
4 sudu besar sos cili
1 cawan minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Hiasan:

300 gm udang saiz besar
1 labu bawang besar - dihiris
2 tangkai cili merah - dihiris
1 tangkai daun sup - dipotong halus
1 tangkai daun bawang - dipotong halus
Bawang goreng secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan cili kering secara berasingan kemudian dikisar halus.
2. Udang kecil direbus dengan sedikit air dan garam. Bila mendidih, tuskan kemudian asingkan kulitnya.
3. Kisar kulit udang bersama air rebusannya kemudian tapis sebelum disatukan dengan isi udang dan dikisar semula sehingga halus.
4. Tuangkan air udang ke dalam periuk. Masukkan bawang merah dan cili kering yang dikisar dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan sup tomato, sos cili, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih kemudian padamkan api.
6. Untuk menyediakan mi, tuangkan kuah secukupnya ke dalam kuali. Biarkan mendidih barulah dimasukkan mi, tauge, sawi dan hirisan tomato serta tauhu. Biarkan mendidih sekali lagi barulah dicedok ke dalam pinggan. Taburkan udang rebus, hirisan bawang besar dan cili merah, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.

2 comments:


  1. شركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل اثاث بالرياض
    شركة نقل عفش بالدمام
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بينبع
    شركة نقل عفش بالخرج

    ReplyDelete

Designed By