7 maut dalam serangan ketika solat Aidilfitri
20 Ogos 2012
Penunjuk perasaan
menuntut agar saudara-mara bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dipecat
dari pasukan polis dan tentera, ketika menghadiri solat Aidilfitri di
Sanaa, Yaman semalam
SANAA - Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala 11 lagi cedera
selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke sebuah masjid
ketika solat Aidilfitri di selatan Yaman semalam.
Pegawai Kementerian Pertahanan berkata, lelaki berkenaan sedang diburu
dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan serangan bulan lalu.
Sementara itu, pada serangan berasingan Ahad lalu, seorang pengebom
berani mati yang disyaki mempunyai hubungan dengan gerakan militan
al-Qaeda meletupkan dirinya di wilayah Abyan selatan di bandar Maudiya.
Kejadian itu menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan dua yang lain, kata pihak berkuasa tempatan.
Comments
Post a Comment