Asid Fosforik dalam minuman
21 Ogos 2012
Gula melaka boleh dijadikan alternatif untuk pemanis dalam minuman.
Beberapa minggu menjelang Aidilfitri beberapa pengeluar utama minuman
berkarbonat didapati beria-ia mempromosi minuman mereka di kebanyakan
pasar raya dan pasar besar.
Ia termasuk pengagihan minuman berkarbonat jenama terkemuka dalam botol
berukuran 1.5 liter secara percuma di sekitar ibu kota dan Lembah
Klang.
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan sebotol minuman berkarbonat untuk dibawa pulang. Antara tempat pengagihan air berkarbonat percuma ini adalah di perkarangan syarikat media tempatan bersempena penjualan barangan di gerai yang diusahakan sendiri artis tanah air.
Malah pada suatu pagi hujung minggu botol minuman tersebut menggunakan label penampilan baru ini juga disua-sua melalui kaca televisyen tempatan.
Seorang rakan Facebook penulis yang dikenali amat memerhatikan jenis makanannya juga membawa pulang dua botol minuman jenama yang serupa pada hujung minggu lepas. Namun dalam kenyataannya di Facebook, beliau tidak tahu sama ada akan meminumnya atau tidak, kerana tidak menyentuhnya langsung sejak hampir dua dekad.

Sebahagian daripada pengguna membawa pulang minuman percuma tersebut
tidak akan meminumnya. Sebaliknya besar kemungkinan mereka akan
menjadikannya sebahagian daripada hidangan Aidilfitri atau memberinya
kepada anak atau saudara-mara.
Ramuan yang terkandung dalam minuman berkarbonat tersebut seperti tertera pada label ialah ‘air berkarbonat, gula, warna karamel, kondisioner makanan dan perisa yang dibenarkan (mengandungi kafina)’.
Ramuan yang terkandung dalam minuman berkarbonat tersebut seperti tertera pada label ialah ‘air berkarbonat, gula, warna karamel, kondisioner makanan dan perisa yang dibenarkan (mengandungi kafina)’.
Di negara barat seperti di Amerika Syarikat, gula tebu dipaparkan secara khusus pada label. Selain itu asid fosforik juga adalah antara bahan yang terdapat pada label.
Hakis tulang
Kemungkinan besar asid fosforik juga digunakan dalam pembuatan minuman berkarbonat. Namun alasan tertentu ia tidak dimasukkan dalam senarai ramuan pada label. Jika ia benar, penulis berpendapat pengeluar melakukannya agar tidak menimbulkan kekeliruan atau ketakutan kepada penggemar minuman jenis itu.
Barangkali pengeluar sengaja meletakkan asid fosforik di bawah senarai ‘perisa yang dibenarkan’.
Apabila disebut gula, semua orang membayangkan hablur gula putih (atau gula pasir) yang diperbuat dari tebu. Terdapat pelbagai jenis gula namun gula yang digunakan sel untuk penjanaan tenaga ialah glukosa.
Gula putih sebenarnya terdiri daripada molekul-molekul sukrosa.
Molekul sukrosa pula terdiri daripada gabungan 50 peratus glukosa dan 50 peratus fruktosa. Apabila kita makan makanan karbohidrat seperti nasi, roti atau makanan/minuman mengandungi sukrosa, tubuh akan menguraikan sukrosa kepada dua molekul berasingan iaitu glukosa dan fruktosa.
Pelabelan yang hanya memaparkan istilah gula oleh pengeluar minuman ini tidak diketahui sama ada ia merujuk kepada gula tebu (seperti di Amerika Syarkat) atau sirap jagung tinggi fruktosa (SJTF).
Untuk pengetahuan pembaca SJTF mengandungi peratusan fruktosa yang
lebih tinggi daripada glukosa berbanding gula tebu. SJTF dikatakan lebih
mudah menjadikan seseorang mengalami pertambahan berat badan berbanding
gula tebu.
SJTF dan obesiti
Dalam tubuh manusia, kebanyakan trigliserida iaitu sejenis lemak yang terdapat dalam darah dibina dalam hati (liver). Hati ialah organ yang bertanggung jawab mengkoordinasi bagaimana tubuh harus menggunakan gula.
Apabila hati menerima glukos ia akan menentukan sama ada tubuh memerlukannya untuk disimpan, membakar untuk tenaga atau mengubahnya kepada trigliserida. Sebaliknya apabila fruktosa masuk ke dalam tubuh ia langsung tidak menjalani proses tersebut tetapi terus diubah kepada trigliserida.
Pengambilan fruktosa menyebabkan seseorang makan secara berlebihan. Pengambilan glukosa merencat hormon leptin dan merangsang hormon leptin. Leptin mempengaruhi rasa kenyang dan ghrelin pula mempengaruhi rasa lapar.
Sebaliknya pengambilan fruktosa tidak memberi sebarang kesan kepada
ghrelin dan mengganggu komunikasi otak dengan leptin. Sebab itulah
sebahagian orang yang makan sebiji burger bersaiz besar dan kentang
goreng juga bersaiz besar tidak berasa kenyang kerana mengambil air
berkarbonat juga bersaiz besar.
Pengambilan makanan/minuman bergula tinggi menyebabkan seseorang ketagihan gula. Mereka yang ketagihan gula akan mengalami dua keadaan berikut. Pertama, keadaan mereka yang baru mengambil gula dan kedua paras glukos jatuh dengan pantas.

Sebaik-baik sahaja mengambil makanan bergula mereka berasa cergas,
tidak mengantuk, fokus menjadi lebih baik dan mood menjadi bagus.
Tidak sampai dua jam mereka mengalami simptom seperti dialami mereka
yang ketagihan rokok dan kopi (dan minuman berkafeina) iaitu mengantuk,
lesu, kurang fokus, mood pasang surut dan mudah naik angin.
Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan kempen memberi kesedaran kepada penduduk Malaysia agar makan secara sihat. Kempen yang disokong oleh media elektronik dan media cetak ini antara lain menekankan agar kita mengurangkan makanan bergula.
Sokong kempen

Memandangkan statistik penyakit degeneratif seperti obesiti, kencing
manis, masalah koronari jantung dan tekanan darah tinggi semakin
meningkat sepatutnya kesedaran kita mengenai betapa bahayanya
pengambilan gula berlebihan juga meningkat.
Ingatlah, sesungguhnya penyakit yang disebutkan berpunca daripada
faktor yang sama iaitu berlebihan gula. Namun tidak dinafikan terdapat
faktor lain menyumbang kepada pembentukan penyakit tersebut.
Sebagai ibu bapa yang jauh lebih matang daripada anak seharusnya anda
menghindarkan diri daripada perkara yang memudaratkan diri dan keluarga.
Sepatutnya ibu bapa mengambil berat akan kesihatan anak mereka pada
masa hadapan.
Elakkan diri dan keluarga daripada menjadi sebahagian statistik kematian pra-matang atau menghidap penyakit degeneratif yang disebutkan di atas. Kerajaan tidak akan menutup kilang rokok, arak mahupun makanan semata-mata kerana ia berbahaya kepada kesihatan.

Pada musim perayaan seperti Aidilfitri ini anda boleh menyediakan
sendiri pelbagai jenis air yang berkhasiat. Contohnya selain teh ‘0’,
air mata kucing, teh bunga, pandan wangi, pegaga, mas cotek, air bunga
Rozel, teh daun jambu batu atau teh daun durian belanda.
Gunakan gula kabung atau gula Melaka asli sebagai pemanis menggantikan
gula putih. Gula-gula alternatif ini dikatakan kaya dengan pelbagai
nutrien seperti mineral dan vitamin. Jus buah-buahan segar seperti jus
tembikai, betik, tamar dan epal sesuai dihidangkan untuk pengunjung
kumpulan kecil.
Comments
Post a Comment