Bolt menang lagi dan cipta sejarah 4 X 100m


JAGUH pecut dunia, Usain Bolt, yang kelmarin mengisytiharkan dirinya "legenda olahraga dunia", mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas ketiganya menerusi acara 4x100 meter Olimpik 2012 di London, semalam.


Pelari Jamaica itu melabuhkan saingan acara 4x100 meter dengan mencatatkan rekod dunia 36.84 saat untuk mengatasi atlet Amerika Syarikat (AS) yang meraih pingat perak.



Atlet Jamaica (dari kiri) Usain Bolt, Yohan Blake, Michael Frater dan Nesta Carter mengutip pingat emas dalam acara 4x100m Lelaki, semalam. - Foto EPA



USAIN Bolt (tengah) meraikan kutipan pingat emas dalam acara 4x100m Lelaki di Olympic Stadium, London semalam. - Foto EPA


Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat