Gambar yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan bagi Syria merakamkan sebahagian
daripada berpuluh-puluh mayat penduduk awam yang terbunuh dalam serangan
ganas tentera Syria di bandar Daraya. - AFP
DAMSYIK 26 Ogos - Beratus mayat ditemui di sebuah
pekan di pinggir Damsyik selepas lima hari tentera Syria melancarkan
serangan ganas, menurut pemerhati hari ini, ketika aktivis menuduh
tentera kerajaan melakukan 'pembunuhan beramai-ramai'.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata,
sekurang-kurangnya 320 orang terbunuh ketika serangan tentera di Daraya,
sebuah pekan satelit di barat daya Damsyik yang dihuni kira-kira
200,000 orang penduduk.
Sebuah rangkaian aktivis di Syria, Jawatankuasa Pengurusan Tempatan,
menyifatkan serangan di Daraya itu, sebuah pekan aman, sebagai
'pembunuhan beramai-ramai oleh tentera'.
"Tentera mengadakan sekatan dan menghalang kemasukan bekalan penting
ke pekan itu. Mereka turut membedil pekan itu dengan senjata berat dan
pesawat.
"Tentera kemudian memasuki pekan itu dan melakukan pembunuhan,
sebelum memotong dan membakar mayat mereka yang dibunuh," kata kumpulan
aktivis itu.
Aktivis turut menyifatkan serangan besar-besaran itu sebagai usaha
terbaru kerajaan menghapuskan pemberontak di Damsyik selepas pemberontak
tertumpu di bahagian selatan pinggir bandar raya ini, ekoran serangan
tentera di pusat bandar raya pada bulan lalu.
Laporan itu, bagaimanapun tidak dapat disahkan kerana sekatan operasi media di Syria.
Sementara itu, Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia
berkata, sekurang-kurangnya 183 orang maut di seluruh Syria, semalam
ketika konflik berdarah di negara ini yang tercetus sejak 17 bulan lalu,
tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan tamat.
Helikopter penggempur dan kereta kebal tentera turut membedil kawasan-kawasan pemberontak di bandar komersial Aleppo. - AFP
ReplyDeleteشركات نقل عفش واثاث بجدة
شركات نقل عفش بالطائف
اسعار وارقام شركات نقل العفش بالمدينة المنورة
دينا نقل عفش جدة ,افضل دينا
ارخص شركه نقل عفش بجده
دليل شركات نقل العفش بجدة
شركة نقل عفش برابغ ,15 عام خبرة
شركات نقل عفش واثاث بالباحه
وسائل نقل العفش بخميس مشيط