SEORANG pengurus Korea Selatan
menunjukkan telefon pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah
kedai di Seoul pada 27 Julai lalu.
|
SAN JOSE, California - Selepas setahun pertikaian di mahkamah
membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS)
kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu
didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone
dan iPad.
Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini
memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah
AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.
Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan
komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan
tersebut.
Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan
kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.
Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila
firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh
Samsung pada April 2011.
Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut
gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya,
Samsung.
Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang
Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan
inovasinya.
Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.
Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa
Samsung mengalami 'kebuntuan reka bentuk' selepas pelancaran iPhone pada
tahun 2007.
Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet
berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan
ciri-ciri serupa.
Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.
Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti
skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada
iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.
Panel juri berkenaan yang dianggotai
oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas. Samsung
setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang
didakwa Apple meniru teknologinya. McElhinny seterusnya berkata, jualan
gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun
2010.
Sehingga kini, Apple dan Samsung
menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia. Namun, Samsung
muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi
firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di
peringkat global.
Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan
percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon
pintar lain.
Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS.
Saman serupa telah dikemukakan di
beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman. Pasaran
telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai
AS$219 bilion (RM685.79 bilion). - Agensi
20150725 junda
ReplyDeletetn pas cher
cheap ray bans
polo outlet
coach outlet
chanel outlet
ralph lauren sale
burberry scarf
nike pas cher
fitflops sale
michael kors outlet
coach outlet store online
oakley sunglasses outlet
cheap oakley sunglasses
football jerseys
beats headphones
beats by dre
prada shoes
ralph lauren homme
ralph lauren polo shirts
burberry outlet online
abercrombie and fitch
tory burch handbags
mcm backpack
soccer shoes
ray ban glasses
kate spade bags
kate spade bags
hollister outlet
true religion
gucci borse
michael kors outlet online
longchamp outlet online
true religion jeans
louis vuitton borse
gucci sito ufficiale
mont blanc
longchamp pliage
true religion
polo ralph lauren uk
ray ban outlet
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش
ارخص شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل العفش بالمدينة المنورة