Ujian Sains Terhadap Solat
KAJIAN saintifik menunjukkan ibadah solat tarawih yang dilakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat dan tiga rakaat witir mampu mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram bagi sesetengah individu.
Penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Jabatan
Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM),
mendapati solat tarawih dan puasa dapat meningkatkan kadar pembakaran
lemak sekali gus merendahkan lemak dan paras glukosa dalam darah.
Kajian yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS), UM, Profesor Ir. Fatimah Ibrahim
itu juga menunjukkan solat sunat tambahan dan diet seimbang boleh
dijadikan kaedah untuk seseorang individu menguruskan badan serta
mengawal komposisi badan.
Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia.
"Bagaimanapun segalanya hanya boleh dicapai dengan menunaikan solat
secara sempurna dan tertib," katanya semasa ditemui di Klinik Solat,
Makmal Kejuruteraan Klinikal UM, Kuala Lumpur. Beliau menambah solat lima waktu amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental serta emosi seseorang.
Kewajipan bersolat lima kali sehari semalam ke atas umat Islam
bermula sejak Rasulullah SAW diangkat ke langit semasa peristiwa Israk
dan Mikraj pada malam 27 Rejab. Umat Islam perlu mencapai solat yang sempurna bagi mendapatkan faedah bukan saja di akhirat tetapi juga di dunia. "Faedah di akhirat dari segi pahala manakala dunia pula dari sudut kesihatan yang baik," katanya.
KajianJusteru beliau menjalankan kajian bagaimana mencapai solat sempurna seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Menurutnya, kajian menunjukkan solat yang dilakukan dengan pergerakan
dan postur Rasulullah SAW dibuktikan secara saintifik amat baik untuk
kesihatan. Tetapi pergerakan yang tidak betul atau tidak sempurna akan memberikan kesan terhadap kesihatan.
Kajian yang dilakukan bermula 2005 melalui kaji selidik dan uji kaji
mendapati mereka yang mengikuti lima tabiat lazim Rasulullah iaitu tetap
bersolat, faham bacaan, solat jemaah atau sendirian, rukuk 90 darjah
dan kedudukan kaki yang betul semasa sujud dan duduk tahiyat mempunyai
kesihatan yang baik.
Prof. Fatimah berkata, untuk mendapat hasil tepat, subjek kajian
menjalani ujian kesihatan menyeluruh sebelum dan selepas menunaikan
solat sunat dua rakaat. "Hasil kajian itu menunjukkan subjek yang menepati lima perkara tadi
bukan saja lebih sihat bahkan lebih tenang selepas menunaikan solat,"
katanya.
Menyentuh mengenai solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan, Prof.
Fatimah berkata, sebelum ini kajian yang dijalankan mendapati sentuhan
antara bahu jemaah ketika solat mampu mengimbangkan cas elektrik positif
dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih
segar dan bertenaga. "Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif
dan negatif.
Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh. "Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya.
Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang mengakibatkan berlaku ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh. "Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh," katanya.
Dari sudut fizikal, pergerakan solat seperti berdiri tegak, rukuk,
sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan. Ia melibatkan pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik yang akan meningkatkan fungsi dan kekuatan otot.
Kajian menunjukkan, solat lima kali sehari semalam juga dapat mengurangkan lemak dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru
meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran
tisu. Justeru ia dapat mengelakkan penyakit jantung, stres, kolesterol dan kegemukan.
sbnrnya byk misteri tntang solat ni...
ReplyDeleteHye blog-ketegak...its true kan..byk sebenarnya misteri solat ni and its effect kat kita punya kehidupan...hanya ALLAH yang tau
ReplyDeletepernah terbaca artikel ini dan memang sangat benar...
ReplyDeletesolat tu pun da sebahagian dari senaman yg kita lakukan stp hari kan..
ReplyDeletehye..lelaki semalam..ya memang sgt betul..rasanya banyak lagi artikel pasal solat nikan ..implikasi kepada otak kita pun adakan
ReplyDeletehye..Errah..betul tu..kalau solat betul-betul tak perlu susah-susah nak exercise yang berat-berat..agak-agak kalorie pergi gym pun boleh kalah..
ReplyDeletehahaha... sory komen pasal word verification tu..
ReplyDeletesaya ada post pasal benda alah tu..
baca link kat bawah yer...
http://bird7842.blogspot.com/2012/09/aku-tak-nak-komen.html
sory sangat.. jangan terasa yer.. ^_^
aah kat komen...
Deletetapi dah tak ada dah word verification tu...
tak perlu lagi besarkan mata untuk lihat ayat2 bersambung tu...
*beraninya sy tegur orang*
^_^
Its ok ruha, i just Confuse kat mana words tu coz bila i reply tak ada lak...nway thanks for alerting me. I tak perasan pun you all kena verify macam tu coz i know memang its a bit hassle kan..maybe setting kot...good to hear skrg dah ok...
DeleteSalam kenal dari segmen hanif
ReplyDeleteSaya follow
salam kenal jugak and thanks ya dtg ziarah sini and follow my blog..jgn lupa dtg lagi ya..
DeleteItulah hikmah yang terselindung di sebalik solat.....yang sedihnya masih ada segelintir yang masih buat-buat tak tahu.... semoga di berikan hidayah!
ReplyDeleteBetul tu okje...rasanya kalau ramai yang benar-benar faham manafaat solat ni, tentu semuanya berebut-rebut untuk melakukannya...
Deleteentry yg sangat menarik
ReplyDeleteThanks cik tie coz sudi baca..
DeleteHikmah bersolat...memang tidak boleh dinafikan lagi! Thanks sharing:)
ReplyDeleteYou are most welcome Teratai...
Deletemmg banyak kelebiham bersolat..solat pun dah kira senaman.
ReplyDeleteBetul tu Dya, kalau sempurna pergerakannya InsyaALLAH banyak hikmah yang menanti kan...
DeleteInsyaallah sihat fizikal dan mental. Solat senaman yg seimbang.
ReplyDeleteInsyaALLAH semoga dapat beribadah dengan sempurna...
DeleteBetul tu, bukan setakat dpt kebaikan di akhirat je,
ReplyDeletedi dunia pun Allah berikan kelebihan org yg solat kan? ^^
tak perlu susah2 nk diet lgi,
byk menunaikan solat pun dpt membakar lemak :D
Setuju 110%...Segala ibadah yang ALLAH tentukan, pasti ada hikmah yang tersirat...dunia dan akhirat
Deleterupanya byk yg tersembunyi yg kita xnmpak mengenai SOLAT NI...
ReplyDeleteSUBHANALLLAH...
NICE SHARING RAUDHAH..:)
Thanks Dya coz sudi baca..semoga kita semua dapat manafaatnya kan...
Deletethat Y allah suruh kita sembahyang. sebab Ianya memang utk kebaikan kita. tapi ada yg buat buat tak tau.
ReplyDeleteBetul tu wantie...kalau mereka tahu apa kebaikan solat mesti ramai yang sentiasa ternanti-nanti waktu solat kan...
DeleteSalam.. Wow very nice blog here.=) Minat jadi model? http://www.aimisyahirah.com/2012/10/perhatian-untuk-talent-model-di-luar.html
ReplyDeleteperkongsian yg menarik.....terima kasih..
ReplyDeleteBanyak hikmah disebalik bersolat....
Terima kasih kembali MP and semoga kita semua mendapat manafaatnya kan...
Deletesolat adalah tiang agama...dengan solat boleh melambangkan keperibadian seseorang itu...
ReplyDeleteSo true cik siti..insyaALLAH kalau solat kita jaga, peribadi juga terjagakan...
DeleteMasyaAllah.. tiada lain yang sempurna melainkan Islam. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala rahsia-rahsianya.
ReplyDeleteYup Raimi. Sesungguhna segala rahsia milik ALLAH
DeleteALLAHUAKBAR mmg banyak hikmah bersolat ni kan..
ReplyDeleteBetul tu si matatajam..Alhamdulillah kita dapat menikmati apa yang sepatutnya
Deleteslm kenal Raudzah...terima kasih sudi singgah ke blog QH
ReplyDeleteQH pon penah baca info ni...mmg byk hikmahnya bersolat ni kan...
Salam kenal to you too QH
DeleteSemoga kita mendapat manafaatnya kan..
Allah membuat sesuatu mesti ada tersirat kebaiikannya.. sains membuktikanya.. kadangkala sains juga menyesatkan manusia
ReplyDeleteinfo yg menarik
ReplyDelete