KUALA LUMPUR 24 Ogos - Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti
Akhtar Aziz mengekalkan kedudukannya di kalangan ketua-ketua bank pusat
yang dinamakan oleh majalah Global Finance sebagai Ahli Perbankan Pusat Terbaik di Dunia sejak beberapa tahun lepas.
Dr. Zeti adalah salah seorang daripada enam ketua bank pusat yang
mencapai mata "A" di dalam Kad Laporan Ahli Perbankan Pusat yang
diterbitkan oleh Global Finance.
Beliau juga mencapai mata "A" pada tahun lepas dan 2010.
Ketua bank pusat yang lain yang mengekalkan mata "A" termasuk Amando
Tetangco Jr. dari Filipina, Fai-Nan Perng dari Taiwan, Gabenor Reserve
Bank of Australia, Glenn Stevens dan Gabenor Bank of Israel, Stanley
Fischer.
Nama baru yang menyertai senarai itu ialah Mark Carney dari Kanada,
yang pada tahun lepas mendapat mata "B+". Sementara itu, Pengerusi Rezab
Persekutuan AS, Ben Bernanke menambah pencapaiannya kepada "B" daripada
"C" pada tahun lepas.
Rencana Central Banker Report Card itu, yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak
1994, menggred para Gabenor Bank Pusat 50 negara utama (dan Bank Pusat
Eropah) pada skala "A" hingga "F" bagi kejayaan dalam bidang seperti
kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan
pengurusan kadar faedah.
"A" mewakili prestasi cemerlang dan turun sehingga "F" bagi kegagalan mutlak. Kriteria subjektif juga boleh digunakan.
Penerbit Global Finance, Joseph Giarraputo berkata: "Ahli-ahli
perbankan pusat di dunia kini diuji melalui tahun-tahun yang sangat
mencabar pernah dicatatkan."
"Setiap tahun, kami menilai kecekalan ahli-ahli perbankan pusat untuk
menghadapi campur tangan politik dan usaha mereka mempengaruhi kerajaan
masing-masing menghadapi isu-isu seperti perbelanjaan dan keterbukaan
ekonomi yang berhadapan dengan pelaburan asing dan perkhidmatan
kewangan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment