Gaya Mewah Hias Komputer
Paris: Adakah anda dapati komputer anda tidak menepati gaya mewah
seperti hiasan dalaman kediaman anda? Semua tiada masalah apabila
seorang usahawan Perancis mengupah sekumpulan tukang tradisional untuk
mengubah komputer peribadi anda mengikut cita rasa istana Eropah.
Bosan dengan warna plastik kelabu pejabat, bengkel milik Georges Chirita di luar Paris mengubah satu-satunya komputer yang dihiasi dengan loyang berkilat dan daun emas, dipasang pada marmar lengkap dengan papan kekunci dan tetikus disaluti kulit.
Bosan dengan warna plastik kelabu pejabat, bengkel milik Georges Chirita di luar Paris mengubah satu-satunya komputer yang dihiasi dengan loyang berkilat dan daun emas, dipasang pada marmar lengkap dengan papan kekunci dan tetikus disaluti kulit.
“Apabila orang mula memasang chandelier Louis XV dengan mentol lampu, semua orang terperanjat. Kini mereka tidak lagi hairan,” kata usahawan kelahiran Romania, yang juga seorang jurutera elektrik yang tinggal di Perancis sejak 22 tahun lalu.
Capai kematangan
Komputer sebelum ini dilihat sebagai alat untuk bekerja semata-mata. Tetapi produk berkenaan kini disifatkan sudah mencapai kematangan dan ia mula dilihat sebagai satu objek mewah, kata lelaki berusia 58 tahun berkenaan.
Dihiasi rangka tiang marmar dengan kemasan emas berpintal atau helang, komputer meja buatan Chirita ini adalah satu daripada tiga gaya Louis VX, Louis XVI atau Empayar. Ia turut dilengkapi dengan pemprosesan tersembunyi dan tetikus tanpa wayar.
Disaluti emas padu, permata atau kot senjata timbul di belakang skrinnya, rekaan mewah ini mampu mencecah harga permulaan pada 17,000 euro (RM67,600).
Perhatian khas ditumpukan kepada skrin di belakang, kata Chirita berikutan komputer ini adalah untuk ‘orang penting yang menerima orang penting yang lain, jadi belakangnya perlu menarik seperti juga di depan.’
Rekaan komputer meja Chirita ini mendapat perhatian bukan saja dari negara Teluk malah hingga ke China dan Amerika Syarikat.
Jaminan 100 tahun
Beliau turut menawarkan kepada pelanggannya, kekunci USB yang disaluti emas dengan corak fleur-de-lys selain jaminan selama 100 tahun atau cakera keras mudah alih yang dicap dengan motif kurun ke-17, juga bersalut emas.
Malah Chirita turut menghantar satu kekunci USB kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan Jubli Intan tahun ini serta dengan bangganya menunjukkan nota terima kasih bertulisan tangan ratu berkenaan yang diterimanya.
Ketika pertama kali melancarkan projek beliau lewat 1990-an, Chirita membina satu siri model dan prototaip dengan memasang sendiri bahagian komputer tetapi menyedari beliau kurang kemahiran dalam reka bentuk visual. - Agensi
Comments
Post a Comment