Dosa Antara Manusia

 
Memaafkan sesama insan

Soalan 

As salam, apakah dosa di antara manusia hanya boleh diampunkan oleh orang yg kita zalimi, walaupun kita telah bertaubat dan beristifar kepada Allah? Bolehkah Allah ampunkan dosa kita walau pun kita tidak memohon ampun/maaf pada orang yg kita berdosa.

Jawapan

Walaikumusalam,
Menurut pandangan para sarjana dalam ilmu tasauf dan ahli fekah telah bersependapat apabila seseorang itu melakukan kezaliman pada orang lain,empat (4)  perkara utama yang perlu dilakukan ialah:
1.Bertaubat kepada Allah untuk memohon keampunanNya
2.Berazam tidak akan mengulangi perbutan tersebut
3.Menyesal atas perbuatan/kesalahan yang telah dilakukan
4.Memohon maaf pada individu yang anda zalimi
Jika anda hanya mohon ampun pada Allah tanpa memohon maaf kepada individu yang anda zalimi maka dosa anda pada individu tersebut masih tergantung sehinggalah orang tersebut terbuka hati untuk memaafkan  kesalahan yang anda lakukan  kepadanya.Wallahu a'lam.

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat