Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
TRIPOLI - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya terbunuh dalam serangan ke atas pejabat konsul negara itu di bandar Benghazi, semalam.
Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.
Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.
Selain di Libya, protes juga diadakan di Keduataan AS di Kaherah.Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom. Seorang pegawai Libya berkata, Stevens meninggal dunia disebabkan sesak nafas ekoran serangan itu.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengesahkan kematian seorang pegawai negara itu premis tersebut. Tindakan seorang lelaki AS berbangsa Yahudi menghasilkan sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW telah mencetuskan kemarahan orang Islam di Libya dan Mesir. Kumpulan penunjuk perasaan yang berang itu bertindak menggempur Kedutaan AS di Kaherah dan Benghazi pada hari sama sambutan ulang tahun ke-11 serangan 11 September, semalam.Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, protes di bandar timur Libya tersebut bertukar ganas selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam pejabat konsul dan membakar premis itu.
"Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga kakitangan
dilaporkan turut terkorban manakala dua lagi cedera dalam serangan roket
yang disasarkan ke bangunan tersebut," kata Wanis al-Sharef. Beberapa jam sebelum insiden itu, ratusan penunjuk perasaan
ultrakonservatif berarak menuju ke Kedutaan AS di Kaherah dan berhimpun
di luar bangunan tersebut sambil melaungkan slogan mengutuk tindakan
pihak tidak bertanggungjawab yang menghasilkan filem terbabit.
Bagaimanapun, demontrasi itu juga bertukar menjadi ganas selepas puluhan penunjuk perasaan bertindak luar kawalan dengan memanjat tembok di luar bangunan kedutaan tersebut dan menurunkan bendera kebangsaan AS. Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa memaklumkan tiada tangkapan dibuat kerana protes tersebut dilakukan secara aman dan kumpulan itu dilaporkan bersurai menjelang tengah malam.
Difahamkan, treler filem selama 14 minit berjudul Innocence of Muslims
dihasilkan oleh pengarah anti-Islam, Sam Bacile, 52, menerima kecaman
banyak pihak terutamanya orang Islam selepas ia dimuat naik ke dalam
laman Youtube. Wall Street Journal melaporkan Bacile turut menerima bantuan
berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada kira-kira 100 bangsa Yahudi
untuk membuat filem yang sengaja memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad
SAW. Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar
di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara
Islam.
Sinar Online
tangkap aja semua di film itu
ReplyDeletearmani exchange
ReplyDeleteugg boots
nike tn
chiefs jersey
nike roshe
true religion jeans
skechers outlet
michael kors uk
new york knicks jersey
nike huarache