Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan.
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur
majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu
lalu.
Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".
Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC)
terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".
Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal bulan ini.
Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.
Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu. Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas
kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua
halaman penuh.
Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis
sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East
Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.
Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang
kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif
dengan memuji idea tersebut.
dunia skrang mmg macam2 lah! x tau nk cakap apa dah
ReplyDeleteBetul KA, macam-macam kan... harap-harap iman kita semua kuat untuk hadapi benda-benda macam ni kan..
ReplyDeleteTak tahu nak kata apa sudah. Dunia sekarang makin teruk la. Mungkin tanda-tanda kiamat juga.
ReplyDeleteDunia sudah terlalu tua and banyak tanda-tanda ke arah itu...
Delete
ReplyDeleteشركات نقل وتنظيف
شركات نقل عفش بالطائف
شركات نقل عفش بالمدينة المنورة
شركات نقل عفش بمكة
شركات نقل عفش
شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركات تنظيف بمكة