Koleksi barangan Imelda Marcos yang musnah akibat banjir
Imelda Marcos
Imelda meninggalkan Filipina di saat kemuncak konflik pemberontakan dikuasai rakyat pada 1986, sekali gus meninggalkan sejumlah besar koleksi peribadi berjenama seperti pakaian, barangan seni di istana termasuk sekurang-kurangnya 1,220 pasang kasut wanita pertama itu.
Sebahagian daripada 3,000 koleksi kasut Imelda.
Secara amnya,
lebih 150 kotak berisi pakaian, gaun malam, dan kasut pasangan Marcos
yang dipindahkan ke Muzium Manila rosak dalam bencana banjir bulan lalu.
Beliau begitu terkenal dengan himpunan sepatu yang menjadi impian wanita seluruh dunia untuk memilikinya, tetapi kini sebahagian koleksi 3,000 kasut Imelda Marcos yang masih disimpan selepas ditinggalkan lebih 26 tahun lalu di Filipina, rosak kerana dimakan anai-anai, ditenggelami banjir dan lapuk dimamah usia.
Menurut pegawai muzium yang menempatkan barangan milik bekas wanita
pertama Filipina itu, antara kasut yang rosak adalah sepasang tumit
tinggi putih berjenama Pierre Cardin yang hancur dimamah anai-anai
selain ratusan pasang sepatu yang tidak kelihatan seperti bentuk asal.

Ratusan pasang pakaian suaminya, Ferdinand Marcos termasuk kemeja
formal kerajaan yang dipakai sepanjang tempoh memerintah selama dua
dekad iaitu Barong telah lusuh dan reput kerana tidak dijaga oleh pihak
pengurusan Muzium Manila.
"Ironinya, lebih daripada 150 kotak pakaian, aksesori gaun dan kasut pasangan Marcos telah dipindahkan ke Muzium Manila untuk disimpan dengan selamat selama dua tahun dan pihak kami menerima maklumat semua aset itu kini telah diserang anai-anai, terdedah pada kelembapan berikutan tempat simpanan bersebelahan dengan sungai," dedah pegawai.
Wahhh byk betul pakaian dia o.O
ReplyDeleteSenang je Allah boleh tarik balik nikmat harta kita kan? Kun Fayakun
Yup everything...siapalah kita untuk menghalangnya jika itu ketentuan ALLAH
Delete