Perdana Menteri Zimbabwe sanggup bermadu setelah temui cinta sejati
HARARE - Perdana Menteri Zimbabwe, Morgan Tsvangirai menyatakan, beliau telah menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri.
Beliau yang berusia 60 tahun berkahwin dengan tunangnya, Elizabeth Macheka yang berumur 35 tahun pada Sabtu lalu.
Ketika bercakap kepada para tetamu, beliau menyatakan selepas
mengadakan temu janji dengan beberapa wanita, akhirnya beliau mendapati
Macheka sesuai untuk dijadikan isteri.
Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah stadium di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Pada tahun lalu, Tsvangirai menceraikan Locar-dia Karimatsenga
selepas 12 hari mereka berkahwin pada satu upacara perkahwinan
tradisional.
Sebuah mahkamah pada Jumaat lalu bagaimanapun memutuskan bahawa
Tsvangirai masih menjadi suami yang sah kepada Karimatsenga menyebabkan
beliau mungkin didakwa kerana melakukan poligami berdasarkan
undang-undang negara tersebut.
Bagaimanapun, undang-undang suku kaum membenarkan lelaki mengamalkan poligami.Tsvangirai melangsungkan perkahwinan itu berdasarkan undang-undang
suku kaum yang membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang
wanita. - Agensi
macam2 lerrr zimbabwe neh huhuhuhuhuhu
ReplyDeletehe..he..cinta sejati tu...
Delete