KAHERAH: Seorang lelaki dengan wajah seiras Saddam Hussain mendakwa
sekumpulan samseng cuba menculik dan memaksanya menyamar sebagai
diktator terkenal itu untuk berlakon dalam filem porno melampau.
Warga Mesir, Mohamed Bishr yang saling tak tumpah menyerupai bekas
pemerintah kuku besi itu mendakwa dipaksa melakukan perbuatan itu oleh
kumpulan samseng berkenaan minggu lalu. Kumpulan yang tidak
dikenal pasti itu memberitahunya, mereka akan menyiarkan rakaman palsu
itu sebagai pita porno asli Saddam dan menjualnya ke seluruh dunia bagi
mendapatkan wang.
Pada awalnya mereka berkata, akan membayarnya 205,000 pound (RM1.09
juta) untuk adegannya dalam kerjasama itu, tetapi kemudian membelasahnya
apabila dia enggan.
Mohamed dari Iskandariah berkata, dia
turut menerima ugutan melalui panggilan telefon mengatakan dia akan
diculik jika dia enggan berlakon dalam filem itu.
Mohamed
yang warak berkata, pada minggu lalu, tiga lelaki berpakaian hitam
keluar dari van dan memaksanya untuk memasuki belakang kenderaan itu.
Dia memberitahu akhbar harian Mesir, Al-Ahram: “Tiga lelaki itu yang
mempunyai pistol tersisip di tali pinggang mereka memaksa saya keluar
dari kereta dan menolak saya ke dalam sebuah van sambil memukul kepala
saya.”
Menurutnya, orang yang lalu lalang berhimpun di tempat
kejadian, tetapi amat takut untuk campur tangan dan perkara terakhir
yang diingatnya, dia dicampak dari van ke kaki lima. Mohamed juga telah diserang beberapa kali pada masa lalu oleh rakyat Iraq yang menetap di Mesir.
Kebanyakan mereka tersilap menganggapnya sebagai pemimpin mereka yang diguling (dihukum mati di penjara Baghdad pada Disember 2006) dan mahu menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dia terpaksa berpindah rumah beberapa kali bagi mengelak diganggu.
Anak lelakinya, Mahmoud berkata: “Kami meminta polis supaya memberi perlindungan khas kepada bapa kami kerana perkara ini sudah berlaku beberapa kali.” - TS
subhanallah.. saling tak tumpah la muka dia..
ReplyDeletekesian pulak bila muka sebijik sama mcm org yg paling wanted mcm saddam tu..
Tulah Sebijik muka saddam kan...betul agaknya dalam dunia ni ada tujuh orang muka yang sama iras...kesian kat dia kan...tak pasal-pasal...
Deleteشركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
ReplyDeleteشركة سكاي نقل العفش
مدونة لنقل العفش
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل اثاث بابها
ReplyDeleteشركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركات نقل عفش واثاث بجدة
شركات نقل عفش بالطائف
اسعار وارقام شركات نقل العفش بالمدينة المنورة
دينا نقل عفش جدة ,افضل دينا
ارخص شركه نقل عفش بجده
دليل شركات نقل العفش بجدة
شركة نقل عفش برابغ ,15 عام خبرة
شركات نقل عفش واثاث بالباحه
وسائل نقل العفش بخميس مشيط