Madonna: Obama 'Muslim kulit hitam'
WASHINGTON - Bintang pop Madonna mencetuskan kontroversi apabila dengan tidak sengaja mengelar Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sebagai orang Islam kulit hitam ketika konsertnya di Washington kelmarin.
Kenyataan itu diperoleh melalui satu klip
video yang disiarkan di YouTube oleh penonton ketika penyanyi berusia 54
tahun itu sedang menyampaikan ucapan mengenai demokrasi di AS.
“Ia menakjubkan dan luar biasa bahawa kita
mempunyai seorang Afrika-Amerika di Rumah Putih, kami mempunyai seorang
Muslim berkulit hitam di Rumah Putih. Ini bermakna negara ini masih
mempunyai harapan dan Obama sedang memperjuangkan hak bagi gay, maka itu
sokonglah beliau,” katanya.
Agensi berita Reuters melaporkan, tindakan
itu dilakukan sekadar berjenaka dan tidak disengajakan kerana sejak
memegang tampuk Presiden AS pada tahun 2008, pelbagai spekulasi tercetus
membabitkan Obama yang dikatakan beragama Islam dan bukan warganegara
AS.
“Ya, saya tahu Obama bukan seorang Islam
namun ramai rakyat negara ini beranggapan beliau seorang Muslim maka itu
berilah sokongan kepadanya, “ katanya.
Sementara itu, ketika konsert Madona di New
York, penyanyi itu telah menulis perkataan ‘OBAMA’ di punggungnya,
manakala pada Ogos lalu ketika konsertnya berlangsung di Rusia, beliau
juga telah menyuarakan hak-hak gay sekali gus menyokong tindakan
kumpulan rock Pussy Riot yang kini berhadapan dengan hukuman penjara
akibat melakukan protes terhadap kepentingan kaum songsang itu.
Comments
Post a Comment