GIL-NAM mencari produk penjagaan kulit di sebuah kedai di Seoul pada 10 Ogos lalu.
SEOUL - Jika dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun
kini semakin ramai lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu
mereka berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di sini, Cho Won-hyuk
berkata, dia akan menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum
keluar rumah.
"Memiliki wajah bersih dan licin membuatkan anda kelihatan memiliki
penjagaan diri yang baik," kata pelajar kolej berusia 24 tahun tersebut.
Seorang lelaki lain, Cho Gil-nam memberitahu, dia akan bersolek pada
setiap pagi selepas mencuci dan memakai krim pelembap pada wajahnya.
Bekerja sebagai seorang penyiasat insurans di sini, lelaki berusia 27
tahun itu berkata, dia turut membawa kotak mekap untuk digunakan di
dalam tandas awam bagi memastikan wajahnya kekal bersih dan licin
sepanjang hari.
Mengulas fenomena yang kini melanda lelaki Korea Selatan, pakar
kajian Korea di Universiti Nasional Australia, Roald Maliangkay berkata,
kecantikan diri penting di negara berkenaan kerana ia menjadi penanda
aras kejayaan seseorang lelaki.
"Bagi masyarakat Korea Selatan, gambaran pertama amat penting. Kulit
seseorang lelaki memainkan peranan utama tentang gambaran itu," kata
seorang pelajar berusia 20 tahun, Kim Deuk-ryong yang sependapat dengan
Maliangkay. - AP
شركة مكافحة حشرات بمكة
ReplyDeleteشركة كشف تسربات بمكة
شركة عزل اسطح بمكة
شركة تسليك مجاري بمكة
شركة تنظيف فلل بمكة
شركة تنظيف شقق بمكة
شركة تنظيف منازل بمكة
شركة تنظيف خزانات بمكة
ReplyDeleteشركات نقل عفش واثاث بجدة
شركات نقل عفش بالطائف
اسعار وارقام شركات نقل العفش بالمدينة المنورة
دينا نقل عفش جدة ,افضل دينا
ارخص شركه نقل عفش بجده
دليل شركات نقل العفش بجدة
شركة نقل عفش برابغ ,15 عام خبرة
شركات نقل عفش واثاث بالباحه
وسائل نقل العفش بخميس مشيط