TUJUAN Allah menurunkan musibah kepada hamba-Nya supaya dosa mereka
diampunkan. Pada masa sama, ada keterangan dan ayat menyatakan dosalah
juga menjadi penyebab datangnya bala.
Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Apabila Allah menyayangi
seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri,
keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya.
Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah
supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
Apabila berhadapan dengan ujian, sebagai hambanya ketahuilah ia
mempunyai hikmah untuk kebaikan dan perlu mengambil pengajaran
daripadanya.
Jika dilihat pada sejarah, kenapa Allah azabkan kaum Nabi Nuh? Lebih enam bulan mereka ditenggelami banjir besar.
Begitu juga dengan kaum Nabi Luth, Allah terbalikkan lapisan bawah
bumi naik ke atas, sementara yang atas dibenamkan ke perut bumi.
Kesannya masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan.
Lihat pula bagaimana kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.
Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama
kekayaannya hingga membentuk tasik yang amat besar dengan airnya laksana
lautan.
Firaun pun begitu juga, kerana gah ingin merebut segala kekuasaan
hingga gelaran Tuhan pun mahu direbutnya. Akhirnya, dia bukan saja
tenggelam dalam laut malah kekuasaan, tentera dan gelarannya turut lemas
sekali.
Di sana ada 1,000 satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari.
Semua peristiwa itu berpunca daripada dosa. Sayangnya Allah kepada
hambanya apabila segala yang ditimpa kepada hambanya tetap ada kebaikan
walaupun nampak memilukan.
Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian. Di
sini terdapat dua ujian. Pertama, bala dan kedua ibtila’. Ibtila’ adalah
kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk ujian sementara bala
adalah bencana serta kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman.
Menghukum yang ingkar dan akhirnya bukan saja mereka tidak
menginsafi malah hancur dalam kemusnahan. Ibtila’ yang melanda selepas
menderita kepayahan dan keperitan, mereka mula menginsafi kesalahan.
Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi tragedi bencana alam
seperti gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar itu untuk kita
bermuhasabah kebesaran Allah.
Kita juga diperintahkan supaya sentiasa bertaubat atas dosa silam
yang pernah dilakukan. Keinsafan yang hendak dikongsikan di sini ialah
kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa kuasa dan lemah.
Bukan saja tidak mampu bersedia mengelak musibah malah meramal pun
tidak termampu. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah Yang Maha
Berkuasa.
Malang sekali jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat
marah kepada hambanya yang ingkar dan tidak mengikut petunjuk-Nya
selepas diberi peringatan.
Perkongsian yg menarik
ReplyDeleteThanks hanif...
Delete
ReplyDeleteشركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
شركة سكاي نقل العفش
مدونة لنقل العفش
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالدمام
شركة تنظيف الاثاث بالرياض
ReplyDeleteشركة تنظيف شقق بالرياض
شركة تنظيف موكيت بالرياض
شركة تنظيف مجالس بالرياض
شركة تنظيف منازل بالرياض
شركة تنظيف ستائر بالرياض
شركة تنظيف فلل بالرياض
شركة جلي بلاط بالرياض
شركة نقل اثاث بابها
ReplyDeleteشركة نقل عفش بنجران
ِشركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بالباحة
شركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة