Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS. – Foto ihsan
LOS ANGELES - Nakoula Basseley Nakoula, penerbit Innocence of Muslims,
filem yang mencetuskan protes di kalangan umat Islam di seluruh dunia,
diarah ditahan di penjara kerana melanggar terma-terma pemantauan
hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.
"Mahkamah kurang percaya dengan defendan pada masa sekarang," kata Hakim Suzanne H Segal, semalam.
Segal juga berkata, Nakoula membawa "kemudaratan kepada komuniti." Nakoula, disoal siasat oleh pihak berkuasa persekutuan awal minggu lalu, ditahan awal semalam, lapor Los Angeles Times.
Pendakwa raya persekutuan berhujah petang semalam bahawa penerbit filem
itu mengundang bahaya dan seharusnya diletakkan dalam tahanan.
Bagaimanapun peguamnya, Steve Seiden berhujah Nakoula sewajarnya dibebaskan atas bon. Malah peguamnya berkata, anak guamnya berhadapan dengan bahaya di
penjara persekutuan di Los Angeles kerana ia menempatkan ramai tahanan
beragama Islam.
Peguam itu menafikan Nakoula melanggar apa-apa terma pemantauan. Nakoula pernah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan menipu bank. Dia ditahan pada 2009. Di bawah tempoh pemantauan, Nakoula tidak dibenar menggunakan atau
memiliki perkakasan yang membolehkannya akses kepada Internet tanpa
kelulusan pihak pemantau.
Menurut laporan CNN, pendengaran awal dimulakan dengan Segal bertanya kepada defendan apa nama sebenarnya.
Dia menjawab: "Mark Basseley Yousseff."
Kemudian hakim sekali lagi bertanya nama defendan.
"Mark Basseley," katanya kali ini.
Menurut peguam bela, anak guamnya, yang pernah menggunakan 17 nama sebelum ini, biasanya dikenali Nakoula.
Pendakwa raya berkata Nakoula berupaya untuk membuat pembayaran ketika filem berkenaan dihasilkan. Oleh itu katanya, Nakoula boleh meninggalkan kawasan dia tinggal sementara kesnya dijalankan. Pendakwa raya mengesyorkan hukuman penjara 24 bulan.
شركة تنظيف سجاد بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركة عزل اسطح بالمدينة المنورة
شركة تسليك مجاري بالمدينة المنورة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بالمدينة المنورة
شركة تنظيف الاثاث بالمدينة المنورة
شركة تنظيف ستائر بالمدينة المنورة
شركة جلي بلاط بالمدينة المنورة
شركة تنظيف مساجد بالمدينة المنورة
شركة غسيل مسابح بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل العفش بالمدينة المنورة
ارخص شركات نقل العفش بالدمام
شركة غسيل الفلل بالدمام
شركة غسيل كنب بالدمام
نقل العفش بمكة
شركة مكافحة حشرات بالدمام
https://trello.com/jumperads
شركة نقل عفش بخميس مشيط
ReplyDeleteشركات تنظيف خزانات بجدة
نقل عفش بالخبر
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالاحساء
شركة نقل عفش بجدة
نقل عفش بالمدينة المنورة
نقل عفش بالطائف