Roti kepala manusia
BIARPUN bentuknya membuatkan orang
ramai berasa loya, roti yang dihasilkan mempunyai rasa coklat, kismis
dan kacang gajus yang sedap.
ROTI merupakan makanan universal yang boleh dinikmati oleh sesiapa
pun namun anda mungkin menggeleng kepala apabila disajikan dengan ban
yang disediakan Kittiwat Unarrom.
Tekak pasti berasa loya apabila melihat roti yang disediakan Kittiwat walaupun teksturnya lembut dan aromanya semerbak.
Kittiwat merupakan pewaris sebuah bengkel membuat roti yang diusahakan oleh keluarganya di Ratchaburi, Thailand.
Dia yang berkelulusan ijazah sarjana seni halus menggunakan
pengalaman membuat roti sejak berusia 10 tahun untuk mempelbagaikan
produknya.
Usahanya itu ternyata berjaya apabila ramai pelancong asing
berkunjung ke kampungnya yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan
dari kota Bangkok semata-mata mahu melihat roti berbentuk manusia.
“Kebanyakan mereka membeli roti bukan untuk dimakan, tetapi dijadikan sebagai barangan koleksi,” kata Kittiwat, 29.
Hasil eksperimen dengan doh yang dicampur kismis, coklat dan kacang
gajus, Kittiwat berjaya menghasilkan roti yang bentuknya persis kepala
manusia yang sudah mati, tangan, kaki dan organ-organ lain.
Hasil kerja seninya begitu halus sehinggakan roti-roti tersebut
kelihatan tidak ubah seperti anggota badan manusia di makmal forensik.
Jelas Kittiwat, ramai yang tidak sanggup untuk menghampiri roti yang
dibuatnya itu apatah lagi menjamahnya. Namun setelah diberi penerangan,
ramai yang mengagumi usahanya itu.
|
HANYA sebahagian orang yang mampu menikmati roti yang dibuat Kittiwat.
|
“Apabila melihat roti itu mereka tidak mahu memakannya. Tetapi setelah sekali merasainya, ia sekadar roti biasa yang enak.
“Janganlah menilai sesuatu pada penampilannya sahaja.
“Sebaliknya cuba mengenalinya luar dan dalam sebelum membuat
penilaian,” kata Kittiwat yang menghasilkan roti sebegitu sejak enam
tahun lalu.
Kittiwat memperoleh idea untuk menghasilkan roti yang penuh kesenian
itu menerusi buku-buku berkaitan anatomi manusia dan melawat muzium
forensik.
Selain untuk berkarya, Kittiwat menjelaskan bahawa cara itu juga mampu menjadi medium untuk dia meluahkan ekspresi diri.
“Saya mahu bercakap mengenai kepercayaan (agama Buddha) saya dan doh
mampu mewakilinya. Membakar anggota badan manusia menunjukkan bagaimana
jangka hayat roti. Begitu juga manusia. Roti saya tetap sebuku roti,
tidak kiralah bagaimana ia kelihatan,” tambahnya seperti dipetik CNN.
Seorang pelancong tempatan, Pornkaew Samransook yang membeli roti
yang dihasilkan Kittiwat menjelaskan bahawa jejaka itu akan berasa
dihargai sekiranya pelanggan menghabiskan roti yang dibeli.
“Oleh kerana dia berani membuat ban ini, saya akan memberanikan diri
untuk memakannya,” katanya yang membeli roti berupa hidung manusia pada
harga 52.50 bath (RM5.20).
Gerun ja nak makan..hehe
ReplyDeletehye eza...kita pun sama..masa baca artikel pun tak lalu nak tengok gambar...he..he
ReplyDeletemmg x boleh makan ler KA !
ReplyDeleteHe..he confirm tak lalu punya...dia orang ni over creative..entah apa-apa
Delete