Sekalung tahniah untuk Atlet Muhamad Ziyad kerana berjaya meraih pingat gangsa untuk acara lontar peluru Sukan
Paralimpik di London.
MUHAMAD Ziyad Zolkefli meraikan
kejayaannya meraih pingat gangsa dalam acara lontar peluru pada Sukan
Paralimpik di London, semalam.
GAH...Muhamad Ziyad (kanan) bersama Hodgetts dan Ige (kiri).
ATLET elit olahraga negara, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat
gangsa lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada temasya
Sukan Paralimpik London, semalam.
Muhamad Ziyad, 22, menghadiahkan pingat kedua buat Malaysia pada temasya edisi ke-14 dengan lontaran sejauh 15.21 meter.
Sebelum ini, pemanah elit negara Hasihin Sanawi menyumbangkan pingat pertama negara, pingat perak dalam acara recurve individu lelaki W1/W2, Isnin lalu.
Pingat emas dimenangi Todd Hodgetts dari Australia dengan jarak 16.29m dan perak milik Jeffrey Ige dari Sweden, 15.50m.
Ketiga-tiga atlet melepasi rekod berusia 12 tahun milik Krzysztof Kaczmarek dari Poland, 13.10m dicipta di Paralimpik Sydney 2000.
“Saya bersyukur memenuhi sasaran untuk menang pingat di Sukan Paralimpik ini. Pingat ini untuk ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia,” kata Muhammad Ziyad yang kali pertama mewakili negara di Sukan Paralimpik.
Lontaran pingat gangsa Muhammad Ziyad dicatat pada cubaan kedua
selepas lontaran pertama menyamai rekod terbaik peribadi, 13.79m. -
Bernama
شركة نقل عفش بالخرج
ReplyDeleteشركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
شركة نقل عفش بالباحة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة
ارخص شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالخرج
شركة نقل عفش بالبقعاء
شركة نقل عفش بجازان