BOISE (Idaho): Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa
apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut
sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh.
Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu
dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman
dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya
surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada pembedahan, dia
mendapati ada benjolan besar dan keras di perutnya.
Pada masa sama, sebahagian daripada tengkoraknya ‘hilang.’ Menurut media, cebisan tengkorak itu disimpan di perut Jamie selama 42 hari sebelum Jamie sekali lagi dibedah untuk mencantumkan semula tulang berkenaan.
Semalam, Jamie, 36, dibenarkan pulang selepas bertarung dengan maut
kira-kira tiga bulan lalu. Menulis di blog mengenai pengalaman itu,
Jamie berkata, tiada yang lebih penting padanya daripada terselamat
melalui detik kritikal sebelum ini.
“Saya boleh bermain dengan anak-anak, mencium suami, melepak dengan ibu dan hidup. “Hati saya bagaikan mahu meledak dengan kesyukuran.
“Adakah hidup saya
segala-galanya sempurna? Tidak, tetapi hari ini saya masih hidup!”
katanya. Memenangi gelaran Ratu Idaho pada 2009, Jamie menyertai
suaminya, Nick, dan iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell’s
Canyon, Jun lalu. Ketika Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia
tergelincir dan terjatuh kira-kira empat meter ke atas bongkah batu.
Apabila Nick tiba di situ, dia mendapati Jamie terkulai tanpa
denyutan nadi atau bernafas. Namun, ketika Nick mengangkat Jamie,
wanita itu kembali bernafas dan hasil bantuan Renjer Hutan dan
perkhidmatan kecemasan, dia dikejarkan ke hospital di Boise menaiki
helikopter. Pemeriksaan doktor mendapati otak Jamie membengkak dan
perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya. - TS
شركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
ReplyDeleteشركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بالرياض
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بالطائف
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل اثاث بحائل
شركة نقل اثاث ببريدة
شركة نقل اثاث بالقصيم