15 tahun lelaki ini tidak boleh merasai wajahnya, memberus gigi dan bercukur



Before the shooting
Wajah asal Norris

ANNAPOLIS: Tujuh bulan selepas menjalani pembedahan, wajah baru Richard Lee Norris dipamerkan kepada umum, lengkap dengan muka, gigi, lidah dan dagunya, semalam.

 

Norris, 37, adalah pesakit pemindahan wajah paling meluas pernah dijalankan setakat ini. Dia mengalami kecederaan parah akibat kemalangan membabitkan senjata api pada 1997.

 

Selama 15 tahun, Norris terpaksa menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng dan keluar dari rumahnya di Hillsville, Virginia, ketika malam.

 Left to right: Amir Dorafshar, MD, Michael Christy, MD, Eduardo Rodriguez, MD, DDS, Branko Bojovic, MD, Daniel Borsuk, MD

Selepas menjalani pembedahan 36 jam di Pusat Perubatan Universiti Maryland tujuh bulan lalu, Norris kini mampu merasai wajah sendiri, selain dapat memberus gigi serta bercukur. Deria menghidunya juga pulih walaupun ia terjejas selepas dia menembak mukanya pada 1997.

Insiden itu menyebabkan Norris hilang hidung, bibir dan hampir semua kemampuan menggerakkan mulutnya. - DM

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat