Akhbar Brazil ‘haram’ Google News



Google sasar tarik 50,000 PKS



RIO DE JANEIRO – Lebih 100 akhbar di Brazil memutuskan untuk menghalang Google News daripada menggunakan kandungan mereka atas alasan telah menjejaskan trafik selain enggan membayar atas penggunaan bahan mereka.

Persatuan Akhbar Kebangsaan Brazil berkata, kesemua 154 ahlinya telah mengikuti cadangan untuk mengharamkan enjin carian daripada menggunakan kandungan mereka.


Akhbar-akhbar negara itu mendakwa Google News menolak untuk membayar kos kandungan dan menggerak trafik jauh dari laman web mereka.  


Google sebelum ini berkata, servis tersebut meningkatkan trafik laman berita.  


“Terus dengan Google News tidak membantu kami mengembangkan khalayak digital kami, tetapi sebaliknya,” kata Presiden persatuan itu, Carlos Fernando Lindenberg Pseth.


“Dengan menyediakan beberapa baris pertama cerita untuk pengguna Internet, perkhidmatan ini mengurangkan kemungkinan bahawa mereka akan melihat keseluruhan cerita di laman web kami," katanya dalam satu temu bual dengan Knight Center for Journalism.


Persatuan Kebangsaan Surat khabar atau dikenali dengan singkatan ANJ telah menjalankan satu eksperimen dengan Google yang bermula pada Disember 2010.


Google News dibenarkan memaparkan barisan penting kandungan berita untuk meningkatkan rasa ingin tahu pembaca dan mereka akan klik untuk melihat keseluruhan berita dalam akhbar.


Bagaimanapun ANJ berkata, eksperimen itu gagal.  


Antara 154 tajuk berita yang ditarik keluar dari Google News merupakan berita dari laman web beberapa negara penting seperti O Globo dan O Estado de Sao Paulo.


Dalam mesyuarat terbaru American Press Association di Sao Paulo, Google mempertahankan keputusannya untuk tidak membayar bagi tajuk dari laman web berita.


“Saluran Google News diklik untuk berbilion laman berita di seluruh dunia,” kata Pengarah Dasar Awam Google, Marcel Leonardi.


Beliau membandingkan permintaan ANJ itu dengan mencukai seorang pemandu teksi yang mengambil pelancong yang makan di sebuah restoran tertentu.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat