Gambar bertarikh 12 Oktober lalu,
menunjukkan beberapa penduduk Rohingya Islam berjalan di dalam kawasan
Aung Mingalar yang dikelilingi pagar berduri di Sittwe, Rakhine, barat
Myanmar. - AFP
SITTWE 19 Okt. - Hampir 8,000 etnik Rohingya, di sini 'terkurung'
dalam ketakutan dan terpaksa bergantung kepada kawalan tentera bagi
mengelak diserang penganut Buddha Rakhine berikutan sengketa agama yang
berlarutan.
Kehidupan golongan minoriti beragama Islam yang terdiri daripada
berpuluh-puluh keluarga itu kini tidak ubah seperti berada dalam
'penjara' di sebuah kawasan penempatan seluas 0.5 kilometer persegi yang
dipagari buluh serta pagar berduri.
Sesetengah penduduk yang ingin keluar dari kawasan penempatan
berpagar yang terletak di Aung Mingalar itu, bertindak menutup wajah
mereka agar tidak dikenali, namun kebanyakan mereka terkurung di kawasan
tersebut selama kira-kira empat bulan.
"Pagar buluh itu ibarat sekatan psikologi, melambangkan ketakutan
yang memisahkan dua dunia," kata ketua Projek Arakan yang memperjuangkan
hak Rohingya Islam, Chris Lewa.
Sambil menyamakan sekatan itu dengan dasar Apartheid di Afrika
Selatan sekitar 1980-an, beliau mendakwa keadaan di Aung Mingalar lebih
teruk daripada itu kerana penduduknya tidak boleh keluar dari kediaman
mereka.
Selain terkurung, penduduk di situ juga sukar mendapatkan keperluan
asas berikutan kedai-kedai yang beroperasi di situ ditutup sejak konflik
itu meletus.
Bekalan makanan terutama beras, hanya diperoleh melalui bantuan pihak
berkuasa dan penduduk Buddha tempatan yang bersimpati, namun masih
belum mencukupi.
Beberapa pihak turut mendesak agar kawasan penempatan itu dipindahkan. Pemimpin pertubuhan sami Buddha, Nya Na berkata, sekiranya penempatan
itu masih kekal di tengah bandar Sittwe, masalah akan menjadi semakin
runcing.
"Saya tidak mahu melihat kedua-dua komuniti bergaduh, namun
seandainya minoriti Rohingya Islam terus tinggal di situ, risiko tetap
akan berlarutan," katanya.
Seorang pemuda Rohingya, Mohamed Said menggambarkan kehidupan di
padang pasir Sahara jauh lebih baik daripada situasi yang berlaku di
kawasan tempat tinggalnya.
"Kami tidak mampu bertahan lagi. Kami hilang segala-galanya termasuk kehidupan. Kami juga manusia," katanya. - AGENSI
شركة نقل عفش بينبع
ReplyDeleteدينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة
ارخص شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالخرج
شركة نقل عفش بالبقعاء
شركة نقل عفش بجازان