Gimnasium dalam air
PESERTA tidak perlu risau tentang 
kemungkinan akan lemas kerana keselamatan di dalam kolam menjadi 
keutamaan Water Aerobic Gym.  
JURULATIH gimnasium, David Gan, pasti  bersungguh-sungguh apabila  
menggunakan  alat senaman seperti basikal air, treadmill, moonwalker dan
 pendayung kayak.
Segalanya kelihatan normal sehinggalah David memberitahu, kesemua senaman itu dilakukannya di dalam air!
Water Aerobic Gym -  tempat  kerja David yang terletak di Petaling 
Jaya, Selangor mungkin satu-satunya di Benua Asia yang memperkenalkan  
gimnasium konsep berkenaan. Banyak kelebihan bersenam dalam air, kata David. Senaman itu bagus 
untuk kardiovaskular malah risiko mengalami kecederaan lebih rendah, 
beritahu beliau. Bersenam di dalam kolam tidak akan membuatkan anda lemas  kerana kedalaman kolam  sekitar 1.8  hingga 2.7 meter sahaja.
 
“Berjoging  pun akan  menyebabkan badan lenguh-lenguh. Biasanya 
tempoh rehat selama 48 jam sudah cukup  sebelum beraksi semula pada sesi
 seterusnya.  “Sebagai alternatif kepada sesi yang kerap dalam seminggu, jadual 
boleh diatur untuk memastikan objektif yang diingini tercapai,” terang 
beliau yang  sering memberitahu pelanggan supaya tidak menjamah makanan 
dalam tempoh 15 minit  sebelum memulakan latihan.
Kesejukan
KONSEP gimnasium air sudah lama terkenal di Eropah tetapi agak baharu di Asia. 
Senaman di gimnasium air tidak menyebabkan seseorang menggigil kesejukan. “Suhu di sini hanya sekitar 29 hingga 30 darjah Celcius. Kolam pula 
akan dicuci setiap minggu bagi memastikan kualiti dan  kebersihannya,” 
katanya. Senaman itu  tidak mengambil masa yang lama iaitu kira-kira 30 minit sahaja.
David turut menceritakan  pengalamannya  melatih seorang gadis berusia 20  tahun yang menghadapi masalah obesiti melampau. Wanita itu, Lai, telah melakukan pelbagai cara untuk menguruskan 
badan seperti berjoging, bersenam  di gimnasium serta mengambil pil 
menguruskan badan tetapi semuanya gagal. 
“Dia datang kepada saya dengan wajah kepenatan selain sukar  berjalan. “Tetapi dalam tempoh  tiga bulan, Lai berjaya mengurangkan berat 
badannya sebanyak 13 kilogram (kg) iaitu daripada 93kg kepada 80kg.
“Dia yang suatu ketika  pernah berlatih selama tiga jam bagi satu 
sesi,  kini boleh berjalan dengan baik selain pandai  berenang,” 
ujarnya.
Bercerita mengenai kelebihan lain  gimnasium dalam air, David 
berkata, ia   tidak terdedah kepada pencemaran udara manakala  ruangnya 
 agak  privasi.
Tambah beliau, kebanyakan peserta terdiri daripada individu berumur 40-an.
“Mungkin mereka memilih sukan ini bagi mengurangkan risiko kecederaan
 terutamanya mereka yang menghidap  penyakit diabetes. Lagipun, mereka 
lebih mementingkan ketenangan. 
Comments
Post a Comment