Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri.
LONDON - Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur
enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang
udara.
Pada umur enam tahun, Amber atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan
sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik
yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet.
Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.
Kehebatan Amber terdedah sejak enam bulan lalu, apabila dia membantu bapanya, Steve, seorang pengarah stesen radio internet TBFM Online memilih lagu untuk disiarkan.
Amber kini memiliki slotnya sendiri yang dikeudarakan dalam segmen
bapanya dan Amber bertanggungjawab memilih dan memainkan lagu selain
bercakap dan memberi isyarat muzik.
Dalam satu temu bual bersama akhbar harian Britain, The Sun, Steve
memberitahu anaknya itu sentiasa menari sebaik sahaja beliau menyiarkan
muzik yang digemarinya di dalam studio. - AFP
wah bijak nyer budak ni
ReplyDeleteKan KA..bijak and cute...
DeleteCerdiknya anak kecil itu. :)
ReplyDeleteBetul tu kakcik..mesti keletah budak ni kan..
Deletebijaknya..dya masa umor tu xreti nk jdi juruhebah
ReplyDeletehe..he...agak-agaknya dya jadi apa masa tu...
Deletewahhhhhh. ini sisi yg baik harus kite contohi dari mereka. :)
ReplyDeleteSo true...mari sama-sam kita jadi dj..he..he..
Delete