Hari Jumaat sebagai penghulu hari dan hari yang penuh keberkatan kepada umat Islam.
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
DALAM kehidupan sehari-hari, umat Islam harus melaksanakan segala
kewajipan dan tanggungjawab, baik kewajipan seorang hamba terhadap Allah
mahupun tanggungjawab sesama insan.
Sebagai manusia, kita sering terlepas pandang akan hakikat kehidupan
dalam menjalankan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang
dilarang-Nya. Sehingga dalam menjalankan tanggungjawab terhadap Allah
dan sesama manusia, semuanya menjadi tidak stabil dan harmoni.
Sebagai contoh keutamaan hari Jumaat kepada umat Islam. Rasulullah
SAW telah menjelaskan kepada umatnya tentang keutamaan hari Jumaat.
Malah turut menegaskan tingginya kedudukan hari tersebut berbanding
dengan hari-hari lain.
Sebagaimana baginda menceritakan tentang kemurahan, keberkatan dan
kurnia yang diberikan oleh Allah SWT pada hari itu. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: Kita (ini adalah kaum) yang terakhir
(dikeluarkan oleh Allah tetapi kita) akan mendahului (kaum-kaum yang
lain) pada hari Kiamat nanti, hanya sahaja mereka lebih dahulu
mendapatkan kitab sebelum kita. Lalu (hari Jumaat) ini adalah hari yang
diwajibkan bagi mereka (untuk beribadah kepada Allah) tetapi mereka
berselisih pendapat tentang hari itu, kemudian Allah SWT memberikan
petunjuk pada kita (tentang hari tersebut). Maka orang-orang pun menjadi
pengikut kita dalam hal ini, (menjadikan hari Jumaat sebagai patukan
hari ibadah mereka), orang-orang Yahudi mengambil keesokan harinya
(Sabtu), sementara orang-orang Nasrani pada hari (Ahad). (riwayat al-Bukhari, Muslim dan an-Nasa'i).
Dalam hadis lain, Baginda juga bersabda: Sebaik-baik hari yang
pada saat itu terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam
diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari
itu pula dia dikeluarkan dari syurga, dan tidak akan terjadi kiamat
kecuali pada hari Jumaat. (riwayat Ahmad, Muslim dan at-Tirmidzi).
Jelaslah hari Jumaat sebagai penghulu hari dan hari yang penuh keberkatan kepada umat Islam.
Sementara dalam hadis yang lain baginda bersabda: Solat lima
waktu, juga hari Jumaat (yang satu) ke hari Jumaat (yang lain) akan
dapat menghapuskan dosa-dosa yang ada waktu-waktu tersebut (dengan
syarat) apabila dosa-dosa besar tidak dilakukan. (riwayat Ahmad dan Muslim).
Selain itu, Rasulullah SAW telah memberikan kepada umatnya bahawa
pada hari Jumaat itu ada waktu mustajab untuk berdoa, dan bahawa seorang
Islam akan mendapat ganjaran yang besar apabila dia lebih awal
mendatangi solat Jumaat.
Larangan
Daripada Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a, kedua-duanya mendengar Rasulullah SAW bersabda dari atas mimbar yang bermaksud: Akan
berhenti orang-orang itu meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan
mengunci dan menutup hati mereka, lalu mereka pasti akan termasuk
kelompok orang-orang yang lalai. (riwayat Muslim).
Kewajipan solat Jumaat juga disebutkan oleh Allah dalam al-Quran firman-Nya yang bermaksud: Apabila diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kalian kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli.
Diriwayatkan juga dari Abul Ja'ad adh-Dhumari r.a, Nabi SAW bersabda:
"Barang siapa meninggalkan solat Jumaat kerana mengambil mudah (malas)
tanpa ada alasan (yang dapat diterima) nescaya Allah SWT akan menutup
hatinya." (riwayat Ahmad, at-Tirmidzi dan an-Nasa'i).
Rasulullah SAW juga telah menganjurkan kepada para sahabat dan
menyuruh mereka agar memperbanyak membaca selawat untuk baginda pada
hari Jumaat. Selain itu, baginda juga menganjurkan para sahabat membaca
surah al-khafi pada hari tersebut.
Seterusnya Rasulullah SAW juga memerintahkan dan menekankan kepada
para sahabat supaya mandi pada hari Jumaat. Diriwayatkan daripada Umar
bin Khattab r.a, bahawa ia berkata: Tidakkah kalian mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; Apabila akan pergi seseorang di
antara kalian ke solat Jumaat maka hendaklah kalian mandi. (riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Daripada al-Farisi r.a dari Nabi SAW bersabda: Tidaklah seseorang
itu mandi pada hari Jumaat dia bersuci sebaik mungkin, kemudian memakai
sedikit dari minyaknya atau memakai sedikit dari minyak wangi yang ada
di rumahnya kemudian ia keluar (ke masjid) dan tidak memisahkan antara
dua orang, lalu dia melakukan solat yang disyariatkan padanya, tentu dia
akan mendapat pengampunan (terhadap dosa) yang ada di antara Jumaat itu
ke Jumaat yang akan datang. (riwayat al-Bukhari).
Sesungguhnya Ibnu Umar r.a telah memotong kuku dan kumisnya setiap
kali hari Jumaat sebagai penghormatan beliau terhadap hari tersebut.
Riwayat ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam al-Kubra
(3/344) dengan sanad hasan.
Kesimpulannya, hari Jumaat adalah hari istimewa yang sarat dengan
maghfirah dan ampunan daripada Allah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW
sebagai utusan Allah, telah memberi banyak petunjuk tentang amalan di
hari Jumaat dan malam hari-harinya.
ReplyDeleteشركة نقل عفش
اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
شركة نقل عفش واثاث