Ibnu Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus
sauda mampu merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan
semangat.
Penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di
Amerika Syarikat pula mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki
khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di
dalam makam Firaun Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran
bahawa tumbuhan itu amat penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun, hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan Islam.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi
segala penyakit kecuali mati.”
Prof. Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains
Kesihatan, Universiti Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella
sativa adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai buat manusia.
EKSTRAK minyak habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.
|
Justeru, sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau
bertanggungjawab untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains
bagi membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini
terdiri daripada berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,”
ujar beliau yang menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama
sedekad.
Latiffah mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu ditemui.
“Apa yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam
bijirin hitam dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus
daripada jumlah keseluruhannya.
“Hasil beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan
timokuinon yang diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan
paras kolesterol, glukos dalam darah dan berat badan sekali gus
mengurangkan risiko penyakit sindrom metabolik dan penyakit jantung,”
jelas beliau.
Lewatkan penuaan
Ujar Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit
Alzheimer atau nyanyuk dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada
minyak habbatus sauda turut mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan
paras beta amiloid iaitu sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan
nyanyuk berbanding haiwan kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus
sauda.
“Kajian pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif
asid linoleinik daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu
mengurangkan pertumbuhan sel kanser payu dara secara signifikan.
DR. LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus sauda sejak lebih sedekad lalu.
|
“Di samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan
berupaya melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut
mengkaji keberkesanan habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam
aspek peningkatan kualiti kehidupan seperti kecergasan mental,
spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan
dalam tempoh dua minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan
pembuangan najis terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit,
meningkatkan tenaga dan kadar kecekapan seseorang.
“Buat masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda
yang terbaik untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak
atau dicampur dengan bahan lain.
“Namun, secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan
yang bercampur. Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi
penyembuh dan memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas
beliau.
ReplyDeleteشركة نقل عفش
اهم شركات مكافحة حشرات بالخبر كذلك معرض اهم شركة مكافحة حشرات بالدمام والخبر والجبيل والخبر والاحساء والقطيف كذلك شركة رش حشرات بالدمام ومكافحة الحشرات بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بجدة الجوهرة من افضل شركات تنظيف الخزانات بجدة حيث ان تنظيف خزانات بجدة يحتاج الى مهارة فى كيفية غسيل وتنظيف الخزانات الكبيرة والصغيرة بجدة على ايدى متخصصين فى تنظيف الخزانات بجدة
شركة تنظيف خزانات بجدة
شركة كشف تسربات المياه بالدمام
شركة نقل عفش واثاث
شركة نقل عفش بالدمام
ReplyDeleteشركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل اثاث بحائل
شركة نقل اثاث ببريدة
شركة نقل اثاث بالقصيم
شركة نقل اثاث بحفر الباطن
شركة نقل اثاث برابغ
شركة نقل عفش بينبع
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل اثاث بابها
شركة نقل اثاث بحائل
شركة نقل اثاث ببريدة
شركة نقل اثاث بالقصيم
شركة نقل اثاث بحفر الباطن