Krisis Rohingya di Myanmar dilaporkan bertambah buruk sejak pertengahan tahun ini. - Foto ihsan CNN
YANGON - Ekoran rusuhan berterusan sejak awal minggu lalu, yang
menyebabkan lebih 800 premis musnah dalam kebakaran manakala
sekurang-kurangnya 80 maut, pertubuhan Islam di Myanmar membatalkan
sambutan Aidiladha kali ini.
Tiada sebab diberikan oleh Persatuan Islam Seluruh Myanmar berhubung keputusan mereka, lapor CNN.
Bagaimanapun difahamkan keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sementara krisis di wilayah barat bertambah buruk.
Tiada sebab diberikan oleh Persatuan Islam Seluruh Myanmar berhubung keputusan mereka, lapor CNN.
Bagaimanapun difahamkan keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sementara krisis di wilayah barat bertambah buruk.
Pertubuhan itu dianggotai oleh lima badan Islam utama di Myanmar.
Rusuhan antara masyarakat Buddha dan Muslim di negeri Rakhine bertambah
buruk sejak awal minggu lalu menyebabkan 800 rumah dan bangunan musnah
dalam kebakaran. Setakat kelmarin 64 orang dilaporkan maut. Angka pihak
berkuasa menunjukkan ia mencecah 80 orang.
Dalam pada itu, BBC melaporkan bahawa Presiden Myanmar Thein Sein mengakui kemusnahan yang berlaku ekoran rusuhan di barat negara tersebut.
"Ada insiden di mana keseluruhan kawasan penempatan dan sebahagian
bandar di negeri Rakhine bakar," kata jurucakap Presiden Myanmar, Zaw
Htay dipetik BBC.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pendedahan Human Rights Watch bahawa lebih 800 premis musnah di bandar tepi pantai, Kyaukpyu.
Menurut badan hak asasi manusia itu, kebanyakan yang menjadi sasaran ialah masyarakat Islam Rohingya.
Jurucakap itu berkata, kerajaan Myanmar sedang mempertingkatkan tahap
keselamatan di Rakhine, yang dahulunya dikenali sebagai Arakan.
"Jika perlu kami akan menghantar lebih ramai anggota polis dan tentera," katanya.
Menurut maklumat keraja, minggu lalu sahaja jumlah kematian telah
mencecah 82 orang manakala 129 cedera dan hampir 3,000 rumah telah
musnah.
شركة نقل عفش بالخرج
ReplyDeleteشركة نقل عفش ببريدة
شركة نقل عفش بخميس مشيط
شركة نقل عفش بالقصيم
شركة نقل عفش بتبوك
شركة نقل عفش بابها
شركة نقل عفش بنجران
شركة نقل عفش بحائل
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالطائف
شركة نقل عفش بالرياض
شركة نقل عفش بينبع
نقل العفش والتخزين
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة