Masalah sosial pelajar IPT makin tenat


  IPT digesa bendung masalah sosial pelajar
Kelihatan pelajar sedang menunggu teman mereka sebelum keluar daripada rumah sewa yang didiami.


MELAKA - Pihak pengurusan institut pengajian tinggi (IPT) digesa supaya tidak memandang ringan masalah sosial yang semakin menular dalam  kalangan  pelajar.
   
Gejala ini dilihat bukan sahaja menjejaskan pembangunan modal insan negara malah merosakkan akhlak generasi muda terutama beragama Islam.

Tinjauan Sinar Harian sekitar jam 8 hingga 12 malam di IPT dan kolej swasta, di sini, memperlihatkan aksi sumbang penuntut yang rata-ratanya lingkungan usia 18 ke 22 tahun tidak segan silu duduk bersembang dan berpelukan di tempat terbuka.


Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani ketika dihubungi berkata, terdapat kolej di sini yang keadaannya agak mendukacitakan.


Menurutnya, pemantauan perlu  dilakukan pihak berkenaan terutama pengurusan kolej itu sendiri bagi mengatasi perlakuan sumbang penuntut mereka.  


“Ia amat menyedihkan, saya sendiri melihat keadaan itu dan pihak kami akan memanggil pengurusan kolej bagi mengatasi masalah ini kerana banyak tangkapan dibuat namun mereka masih tidak serik. Kami harap masalah sosial yang berlaku di sini dapat diatasi segera,” katanya.


Orang awam yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Noh, 36, berkata, dia sudah biasa dengan situasi sebegini memandangkan sebelum ini pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di IPT swasta.


Menurutnya, lebih membimbangkan apabila asrama pelajar bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat juga segelintir daripada mereka memanfaatkan rumah kosong sebagai tempat memadu kasih.


“Terlalu sukar untuk mengawal pergerakan kesemua penuntut  yang  jumlahnya beribu orang. Kami cuma boleh mengawal di kawasan sekitar IPT sahaja. Walaupun ditegur, ia ibarat mencurahkan air ke daun keladi,” katanya.


Seorang pemilik rumah yang enggan dikenali, mendakwa, kehidupan penuntut tidak ubah seperti tinggal di rumah kongsi yang memuatkan lebih 10 orang dalam satu rumah.


“Segelintir daripada mereka menjadikan rumah sewa sebagai tempat memadu kasih dan bukan datang untuk menimba ilmu. Semua ini berpunca apabila mereka lupa akan asal usul serta keluarga di kampung selain terpengaruh dengan sikap rakan,” katanya.

Comments

  1. Didikan agama yg kurang punca perkara sebegini berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak Hanif..semoga mereka-mereka ni cepat sedar sebelum terlambat

      Delete
  2. bila berjauhan dr ibu bapa jd mcm nie ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti parents masing-masing sedihkan...susah jugak nak kawal mereka-mereka ni kerana masing-masing dah besar panjang

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat