Maut kerana serangga
Oktober 2012
MIAMI - Seorang lelaki tidak sempat meraikan kejayaannya dalam
pertandingan memakan serangga di Selatan Florida, apabila meninggal
dunia selepas menelan puluhan serangga hidup termasuk cacing, kelmarin.
Pertandingan pelik anjuran kedai Reptilia Ben Siegel itu, disertai lebih 30 peserta yang dikehendaki memakan serangga bagi merebut hadiah utama seekor ular sawa.
Dalam kejadian, Edward Archbold, 32, mengadu tidak sedap badan kemudian jatuh pengsan di hadapan kedai itu sebelum meninggal dunia.
Michael berkata, ia mungkin berlaku jika individu itu alah terhadap serangga.
Sementara itu, tiada mana-mana peserta lain dalam pertandingan itu mengalami masalah seperti Archbold.
"Kami memohon maaf dan bersimpati dengan apa yang menimpa Archbold," kata pemilik Ben Siegel. - AP
eeee mcm2 lah
ReplyDeleteTulah KA, dia orang ni pelik-pelik kan..hmmm
Delete