Misteri gendang gergasi di pagar surau
| 
Redzuan menunjukkan gendang gergasi yang ditinggalkan di Surau Asy-Syakirin, Sungai Petani, Kedah semalam.  | 
SUNGAI PETANI – Selepas setahun dikejutkan dengan penemuan sebuah 
beduk lama milik sebuah masjid di Johor, ahli jemaah sebuah surau di 
sini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan hampir serupa apabila sebuah
 gendang lama didapati ditinggalkan di pintu pagar surau tersebut sejak 
beberapa hari lalu.
  Kejadian itu disedari oleh ahli jemaah surau Asy-Syakirin, Bandar 
Perdana, Seksyen 8 di sini ketika mereka mahu mengerjakan solat Subuh.
  Penemuan gendang tersebut yang mempunyai lambang rasmi sebuah 
negeri bertarikh 1 Januari 1989 mencetuskan misteri tersendiri apabila 
kulit gendang tersebut turut dikoyakkan.
  Seorang penduduk, Azhar Ismail, 44, berkata, dia terkejut  melihat 
gendang besar itu ditinggalkan di pintu pagar surau semasa mahu 
menunaikan solat subuh.
  “Siapa sahaja pasti terkejut apabila tiba-tiba melihat benda 
seperti ini pada awal pagi. Apabila diperiksa rupa-rupanya gendang 
lama,” katanya kepada Kosmo! semalam.
 
 
Comments
Post a Comment