CONTOH boya tsunami yang meletup
ketika sedang diselenggara di atas kapal MV Pendamar sehingga
mengorbankan ketua penyelenggara di Semporna, Sabah semalam.
SEMPORNA - Pelampung tsunami yang sedang diselenggara di atas kapal
MV Pendamar dipercayai meletup sehingga menyebabkan kematian ketua
penyelenggara, Stig Erik Lyng di sini semalam, kata Ketua Polis Daerah
Semporna, Deputi Superintendan Mohd. Firdaus Francis Abdullah.
Beliau berkata, letupan berlaku ketika Lyng, 53, cuba membuka salah
satu skru pada penutup pelampung dengan menggunakan alat 'grinder' dan
akibat letupan itu, objek berwarna hitam dilihat terbang keluar dari
pelampung itu dan mengenai kepala Lyng.
"Kejadian berlaku pada pukul 11.45 pagi di atas kapal di kawasan
perairan antara Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Kita difahamkan salah
satu skru pelampung berkenaan tidak dapat dibuka secara biasa. Jadi,
ketika mangsa cuba membuka skru itu menggunakan alat grinder, pelampung
itu tiba-tiba meletup," katanya.
Ekoran itu jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memberi
tahu, kerja menyelenggara pelampung tsunami di Pulau Sipadan kini
dihentikan.
Mohd. Firdaus berkata, siasatan awal mendapati objek berwarna hitam
yang belum dikenal pasti itu terhumban keluar daripada pelampung
berkenaan akibat letupan itu lalu mengenai kepala mangsa dan mangsa
meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, selain kecederaan parah di kepala, tangan kiri mangsa juga patah. - Bernama
ermmm... mmg malang x berbau kan
ReplyDeleteBetul tu KA..tak ada tsunami, pelampung tsunami pulak jadi penyebab..
DeleteBtl......malang tak der bau...
ReplyDeleteYup hanif...siapa sangka kan...
Deleteشركة نقل عفش بالمجمعة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بشرورة
كيفية نقل العفش بينبع
اسعار نقل عفش بينبع
البحث عن شركات نقل العفش بينبع
شركات نقل العفش بخميس مشيط
كيفية نقل العفش بخميس مشيط
اسعار نقل عفش بخميس مشيط
شركة تنظيف سجاد بالطائف
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالطائف
شركة تنظيف وصيانة مسابح بالطائف
شركة تنظيف الاثاث بالطائف
شركة تنظيف موكيت بالطائف
شركة تنظيف مجالس بالطائف
شركة تنظيف ستائر بالطائف
شركة جلي بلاط بالطائف